GOOGLE Adsense

Thursday, September 7, 2017

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh Paling Senang


Tudiaaaaa kek pandai cheese leleh ciknaa. nampak sedap? memang sedap! tapi takyah la puji beriye sangat sebab kek ni ciknaa buat pakai tepung kek instant aje.. itu pun nak melayan anak-anak cuti raya haji minggu lepas. alang-alang tu kita share kat blog, kot tahun depan nak buat lagi bila tengok post ni.


Ciknaa beli tepung kek pandan macam dalam gambar ni.. Serius lupa harga dia tapi bawah RM12 ringgit. Boleh bakar dan kukus, tapi disebabkan pemalas nak keluarkan over umah MIL, ciknaa pilih kukus. lagipun nak moist, kukus is better..

Kenapa ciknaa kata paling senang? sebabnya bila guna tepung kek ni cuma perlu TAMBAH 3 BIJI TELUR, AIR & MINYAK. lepas tu kukus selama 45 minit. Anak-anak suka sebab ciknaa bagi dorang masukkan tepung tu, pecahkan telur. pastu pukul pakai mixer..lagi lah dorang suka..


Lepas siap kukus, sejukkan sekejap dan buat CHEESE LELEH tu pulak.

sepaket cream cheese TATURA
susu pekat manis 1/4 tin ( memang kurang manis)
air 1/4 cawan

*blend atau putar je pakai mixer tu sampai agak-agak nak kembang.

Tuang atas kek, parut CHEESE CHEDDAR..kalau perasan hodoh gila sebab takde pemarut, ku pakai pisau aje.. kahkahkah.. lantaklah janji tabur atas kek..






Kek ni habis dalam masa 12 jam sahaja. yela, 3 buah rumah ciknaa bagi, alhamdulillah orang suka. cuma instant ni agak manis sikit. kalau ciknaa buat sendiri maybe boleh kurangkan lagi manis tu..lagi sedap!

Tepung instant, telur, (minyak masak dan air takyah kira la memang benda wajib ada kat rumah) cream cheese, cheddar cheese dan susu harga lebih kurang RM33 sahaja. jimat kan? tak susah pun nak buat tapi sakit M tu kena sorok sekejap 😄


sekian bersiaran #daridapurciknaa

Wednesday, September 6, 2017

Rania Marissa Turn 4

Alhamdulillah bulan 8 aritu anak bongsu ( bongsu la setakat ni 😆) genap 4 tahun umurnya.. Ada la rezeki sikit nenek dia ajak buat majlis makan-makan dekat kampung. 90% nenek dan makcik dia yg sponsor..mama beli kek coklat tu aje, tempah khas dari daridapurnana.. yang lain-lain kita order je.. ada macam-macam makanan haritu tapi ntah kemana gambarnya..



Abaikan lah kesemua ahli keluarga yang sihat bagai juara tu yee... nak pegi kemana hasil mokmok kalau tak datangnya dari makpak..kahkahkah..


kek semestinya kena ada 2 bijik.. sebab dah tau kalau ada 1 nanti kekecohan akan berlalu dek kerana berebut.. beli 2 bijik, ambik sorang sebijik.. tetamu pun boleh makan 2 jenis kek.. 



Alhamdulillah ramai keluarga besar datang memeriahkan majlis befday rania. Selain makan-makan boleh lepak bual-bual sebab memasing jarang dah jumpe.. tQ nenek. uncle, aunty yang bagi adiah, duit etc.. moga murah rezeki, amin!


p/s: hujung tahun turn mama pulak.. ada yang nak sambut? doakan jelah kot ada yang terbukak hati nak belikan mama kek.. hoho.




Thursday, August 10, 2017

Resepi Mudah Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah

First time masak nasi tomato. Sekali buat banyak oi.. alhamdulillah berkat resepi makcik google, menjadi nasik tomato ku itu.. Susah ke? senang aje kakak adik semua. Derhaka sikit-sikit normal la orang kata air tangan ye dak (cheewah!)



Resepi NASI TOMATO

↪ 3 setengah cawan beras basmathi - ( sedap sikit) rendam setengah jam dan tos
↪ 4 cawan air
↪ setengah cawan susu cair
↪ 2 sudu besar minyak sapi (derhaka pakai planta sudah!)
↪ 1 senduk minyak masak
↪ 5 sudu tomato soup ( pakai tomato puri tu pun boleh, sama je)

Bahan Menumis Rempah Nasi :

Tau tak bahan tumis? alah yg bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis tula.. masuk sepaket kecik tu haa..kalau rasa banyak campak separuh.. asal bau wangi dah le..

↪ 1 labu bawang besar - cincang atau blend sukati la diknon
↪ 3 ulas bawang merah - cincang atau blend sukati la diknon
↪ 3 ulas bawang putih - cincang atau blend sukati la diknon
↪ 1 inci halia - potong nipis
↪ 2 batang serai - ketuk
↪ 3 helai daun pandan - ikat
↪ garam secukupnya

Cara- cara memasak nasi :

1. Panaskan kuali. Cairkan minyak sapi @ planta. minyak masak dan tumiskan bahan tumis yg cengkih, bunga lawang pelaga, kulit kayu tu semua..agak-agak wangi, masukkan bawang-bawang yg hancur tadi tu. halia, serai, daun pandai, garam.

2. Masukkan susu cair, tomato soup, air. last sekali masuk beras. masak kejap aje ye adik kakak. Lepas tu pindahkan masak atas rice cooker. ciknaa ada 2 versi. 1 masuk periuk biasa dan 1 rice cooker. tapi nampaknya yang cantik atas dapur. pakai rice cooker dia macam lembik sikit..

3. Masa menggelegak, tahanlah napsu mu..sebab bau dia mak aihhhhh..wangi!

4. Hiaskan dengan bawang goreng.



Resepi Mudah Ayam Masak Merah

 *20 orang makan*

↪ 2 ekor ayam - basuh dan goreng macam biasa tapi setengah masak je ok (garam kunyit)
↪ 3 genggam lada kering *sepaket* - rebus dan blend
↪ 15 biji bawang besar (ciknaa punya saiz sedang2 je) - blend
↪ selabu bawang putih -blend
↪ tomato 2 biji potong 4
↪ sos cili
↪ minyak masak untuk menumis 2 senduk
sos tomato
↪ garam
↪ gula

Masak ayam masak merah mencabar tau..sebab abis dapur merecik dengan cili kering tu..haha.

Cara masak :

Tumis bahan yang diblend sampai pecah minyak. agak-agak dah bersepah dapur cili kering tu dah meletop2, masukkan sos cili, sos tomato. garam gula.Masukkan tomato dan ayam goreng tadi. Tabur dengan daun sup.. senang kan?



Last sekali makan lah dengan senang hati. Kalau diet, tengok dan hidu je.. hahaha. selamat memasak dan menjamu selera.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016