GOOGLE Adsense

Monday, May 21, 2018

Resepi Tart Nenas Gebu Yang Sangat Sedap (sukatan cawan)

Hai korang..

Sebelum terlambat nak jugak la wish salam ramadan pada semua pembaca blog ciknaa. Lama dah tak merapu kat sini. Tapi takpe, harini ciknaa rajin sikit nak share resepi Tart Nenas Terpaling Sedap. Rangup diluar, cair di mulut.. Gabungan masam-masam manis dia tu fulamakkkk..




Bahan-bahan : 

Bahan A
250g butter ( 1 ketul )  - ciknaa pakai buttercup
1 sudu minyak sapi
1/2 sudu kecil garam halus
3 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur 
1 sudu kecik esen vanilla 
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard

Deko :
Sedikit pewarna kuning telur & telur kuning

Step membuat biskut tart nenas :

1. Mix kesemua bahan A menggunakan mixer. Kalau takde mixer, awak pakai whisk je. tapi penat sikit la ye.. Mix jangan terlalu lama lebih kurang 3-4 minit je. 

2.  Masukkan sikit-sikit bahan B yang diayak. Pakai tangan jela senang.. masukkan sampai menjadi doh yang lembut. 

3. Gunakan acuan semperit, tekapkan sepanjang lebih kurang 8cm. Gulungkan jem nenas sebesar 2cm (bentukkan bujur)

4. Bakar menggunakan suhu 170'C selama 25 minit. Kalau oven korang ada fan, silalah guna.. bertambah rangup biskut korang.. 



sapukan kuning telur atas biskut sebelum bakar


siap! 


Selamat mencuba!





5 comments:

nasi lemak ikan kerisi,
nanti singgah komen la lagi (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016