GOOGLE Adsense

Friday, October 27, 2017

Shah's Beach Resort Melaka

Assalamualaikum..

Last week ciknaa bawak keluarga besar bercuti kat melaka. As usual, melaka tempat yang tak pernah jemu. Setiap tahun wajib datang melaka. Tapi kalini ciknaa stay 2 malam. Baru berbaloi datang dari jauh. Dan kalini ciknaa memilih luar bandar untuk menginap. Konon-konon nak relax sikit, pilih la tepi laut.. Tapi tak sempat nak lepak pun tepi laut tu.. Mungkin sebab sibuk sangat melayan 2 anak soleh & solehah tu mandi kolam.. 


Shah's Beach Resort Melaka



Bila ciknaa share gambar atas ni ramai yang tanya dekat mana. Nampak exclusive gitu.. Sebenarnya tak mahal pun. Ciknaa booking dengan Agoda ( rasanya memang senang deal sebab murah) 2 bulan sebelum vacation ni. Disebabkan kitorang ramai, ciknaa tempah 2 bilik. Deluxe Room. Kalau tengok gambar dekat Agoda, bilik ni tak besar mana. dan bila sampai agak terkejut.. Tersangat besar dan selesa. 


2 bilik sebelah restoran je. senang nak breakfast.. 

Ciknaa request pool view. memang heaven la #doubleRM tu bukak je pintu bilik terus nampak kolam mandi. Sampai je pukul 3 petang..matahari terpacak atas kepala dok sibuk nak mandi. Tak kuasa mama nak melayan, tengah panas gitu nak berendam.. 


Parking dia paling win ciknaa rasa. Setiap chalet disediakan 1 tempat letak kereta. Betul-betul belakang pintu bilik. Takde la penat nak angkat beg berat-berat..konsepnya, bukak je bonet campak terus beg dalam bilik 😂









Bilik mak & adik-adik

Bilik kitorang 

Bilik air & toilet


Review Bilik : Shah's Beach Resort Melaka ( Deluxe chalet)

  • Bilik besar 👍
  • Towel 👍
  • Kettle 👍
  • Breakfast 👍
  • Pool 👍
  • Sejadah & Arah kiblat 👍
  • TV 👍 
  • Shampoo/ Coffee 3in1 👍
  • Plug point 👍 (tersangat banyak-setakat charge 2-3 phone takde masalah)
  • Breakfast 2 hari : nasi lemak, mee goreng. roti bakar. buah. fresh milk cornflakes. teh/kopi.
  • Cafe : serve sampai ke bilik. Set asam pedas sedap!

Bad review :

  • Toilet agak kotor (tempat duduk terutamanya)
  • Bilik air ada katak! (sumpah ciknaa tak lupa, dia duduk dalam toilet tissue)
  • Lampu malap ( pengantin baru sesuai la kot, mak anak 2 ni dahla mata rabun 😆


Overall ciknaa selesa stay dekat sini. Memang menepati citarasa ciknaa yang sukakan bentuk chalet yang ala-ala tradisional gini. 




Ok nak share sikit tepi laut ni memang best.. angin laut, tenang je. kalau nak family day memang sangat sesuai. ada pondok kecik-kecik boleh santai dengan anak-anak. Betul-betul mengadap laut. Cuma nya laut kat sini tak boleh mandi. Ada tembok.

Ada jugak disediakan tempat BBQ. Tapi kalau nak guna kena deal dengan resort dulu la. Mungkin ada pakej BBQ kot yang dorang sediakan ciknaa tak tanya pun.








Macam ciknaa mention kat atas tadi, cknaa book dengan Agoda. RM538 untuk 2 deluxe room @ 2 malam.  Ciknaa ada request extra matress untuk dua bilik tu tapi tak jadi. Sebab masuk bilik dah selesa, muat. so cancel.. cuma ciknaa dah buat payment untuk mattress tu RM50/per room. (untuk 2 malam)


Booking dengan Agoda dapat harga RM135 instead of RM165 harga sebenar dia. Jimat RM120 tau.. Jadinya pandai-pandai la korang usha-usha dekat agoda kalau nak book bilik. Tips,book malam hari ada beza sikit dengan book siang..


Shah's Beach Resort , Melaka
KM 9, Tanjung Kling 76400 Melaka
 06-3153121

2 comments:

  1. Na.. menarik nih.. bulan depan kitorg pun plan nak ke Melaka.. waaa... dilemma jgk nih.

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016