GOOGLE Adsense

Tuesday, August 1, 2017

Resepi Paling Mudah Buat Kek Coklat Moist Versi Bakar



Assalamualaikum.. lama dah tak kongsi resepi. Tidakla pandai tapi lebih kepada simpanan sendiri sebab iols ni pelupa.. nanti nak buat lagi tak ingat dah..sementara ingat ni marilah menulis di blog.. sekurang-kurangnya share jugak pada yang nak buat..


Banyak kali jugak ciknaa buat. Tapi selalunya pecahlah, tak hitam sangat lah.. kalini memang bebetul perfect! Puas hati..


Resepi mudah kek coklat moist :
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri (kalau takde tepung gandum biasa tambah 1 s/k baking powder & 1s/k baking powder
  • 1 cawan serbuk koko (van hauten) sedap!
  • 1cawan gula
  • 1 cawan susu
  • 1cawan susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air panas *** last sekali


Campurkan semua sekali. Gaul ataupun blend je semua.

Bakar 150'c selama 40 minit
Kalau nak kukus 45 minit


Tips : jangan buka oven @ pengukus 30 minit pertama. Bantat kek uols nanti.



nak tau masak ke belum cucuk je dengan garfu atau lidi. kalau takde lekit2 tu maknanya elok la masak.. sejukkan.


ciknaa punya kek leper. so potong 2 layerkan..


rupa setelah dilapis..teballa sikit jadinya..

Resepi Ganache coklat



*setengah cawan serbuk koko ( van hauten paling sedap)
*setengah cawan butter
*1 cawan susu pekat manis

Cara : masak sampai melekit-lekat terangkat..haaa mesti jadi punya! sedap tau..




Selamat mencuba uols..

5 comments:

  1. lama tak buat kek coklat. anak-anak suka nih.

    ReplyDelete
  2. waaa sedapnye ciknaaa! nak try buat pakai pemanggang ajaib :D
    iols xde oven sobsob

    ReplyDelete
  3. alahaiiii Ciknaa.. sedap sangat nengok kek coklat ni... tQ sharing resepi ya..nti nak cuba gak..:)

    ReplyDelete
  4. berselera sungguh tengok kek cikna ni.

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016