GOOGLE Adsense

Tuesday, August 8, 2017

Donut Murah dan Sedap di Temerloh

Lamanya tak buat entry ala-ala JJCM.. haha. kata diet. oklah minggu lepas ciknaa ada urusan di temerloh. Lama dah dengar ada warung jual donat sedap area sini tapi tak sempat nak singgah. Haritu mood encik driver kita baik, moh singgah!



Warung ni kalau korang plan nak duduk lepak mungkin tak berapa sesuai sebab kerusi meja memang limit. haritu kitorang sampai awal dalam 11 lebih.. so pagi takde orang sangat lagi. Dari bungkus terus duduk.. Melayan RM makan donat karang comot kereta, muncung nanti papa dia..



Donut gula biasa ni 70 sen je. besar dan gebu. serius makan kat situ panas-panas memang sedap! ada jugak donut ball. yang gula dan kacang. festime makan berkacang..sedap jugak.

donat ball berkacang
jumpe ni kat facebook. tapi kitorang awal lagi belum siap. pun nampak sedap-sedap semua nya..

Donut yang bersalut camni tak silap ciknaa RM1.80 sebijik. terlupa nak tanya, tapi kira-kira balik yela kot harganya gitu.. tapi still murah lagi compare dengan big apple kan.. untuk anak-anak suka je makan.. manis-manis camni..








Bukan donut je ada, goreng pisang, cendewan keropok, air kelapa pun ada. tapi ciknaa memang fokus donut semata-mata.. dah kata femes kan.. memang ramai orang singgah beli. so korang teringin tak nak makan donut ni?

Lebih kurang 1 km dari simpang tol temerloh menghala ke bandar.
tak pun waze jelah Donut Zila Kampung Raja 





2 comments:

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016