Thursday, June 22, 2017

Raya 2017 : #teamrayarumahsendiri

Assalamualaikum..


Salam Ramadan semua.. Ya Allah lamanya tak menaip. Ada lagi ke readers blog ciknaa ni? Ke memasing dah bizi balik kampung. Ciknaa esok baru start balik kampung.. Alhamdulillah tahun ni turn sendiri pulak. Ofkos balik rumah mak pahang.. makan lemang tu nikmat dunia tau.. :D

So, kalau nak cerita persiapan raya, kitorang macam tahun sudah-sudah jugak la. sederhana saje. baju raya awal-awal puasa dah setel dah.tinggal cari baju jengjalan jela. tu pun baju anak-anak je. makpak macam kalau jumpe beli..takde malam raya baru g cari..Biskut raya ada la 2 jenis buat tu pun melayan kemahuan doubleRM tu.







Beli biskut ada la 2-3 jenis. Kerepek setel semua dah. Tinggal nak balik je lagi..alahai tak sabarnya..Moga semua dipermudahkan la.. serius tak sabar nak raya dengan family sendiri tahun ni.balas dendam tahun lepas tak dapat makan lemang..huhu..


SELAMAT HARI RAYA untuk semua yang pernah singgah di blog ciknaa ni. Tak kisahla follower ke stalker (ada ke, huhu) mohon maaf sekiranya ada terkecik hati dengan kite.. kosong-kosong ye..


biskut mazola,biskut bunga cina,
makan bersama kuih keria,
pagi raya jangan dibuat lupa,
mintak maaf pada ibubapa.



salam aidilfitri,
-ciknaa-

2 comments:

  1. selamat hari raya ciknaa.... dilah #teamrayarumahsendiri jugakk.. yeayyy..

    ReplyDelete
  2. hihiii model dua orang tu kelakar..

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016