Thursday, May 4, 2017

COACH MALAYSIA : sunglasses kini di ZALORA

Hai korang!

Nak share sikit pasal satu brand yang tidak asing lagi bagi orang perempuan. Semestinya COACH. ciknaa rasa takde perempuan yang tak tau brand yang satu ni. brand yang sangat popular untuk barangan beg tangan @ handbag kan kan kan? kalau tengok je jenama ni mesti rasa macam wow gituuuu.. nak-nak bila shopping, pegi kerja, ataupun melancong. terasa macam superduper best lah! tapi korang tau tak COACH dah keluarkan koleksi aksesori wanita selain dari handbag.. tak percaya meh ciknaa nak share..


sungglases semestinya dari COACH MALAYSIA






Kaca mata hitam merupakan aksesori pilihan wanita moden kerana ia penting untuk menjaga penglihatan daripada sinaran matahari. Kaca mata COACH pertama ialah reka bentuk seperti cats eye atau sepasang mata kucing kerana gaya ini amat elegan. Reka bentuk kaca mata ini sesuai untuk mereka yang meminati gaya retro atau vintage. Gaya klasik ini membuatkan anda kelihatan yakin.



Sekiranya bentuk muka ala-ala Audrey Hepburn, bentuk kaca mata ini adalah amat sesuai. Bentuk muka yang lebar lebih sesuai menggunakan kaca mata besar atau oversized seperti ini. Ini akan memberi efek mengecilkan muka anda. Dengan mengimbangi muka anda, anda akan tampil dengan lebih bergaya dan yakin. Bentuk muka bulat boleh menggayakan reka bentuk segi empat seperti ini untuk mengalih perhatian daripada rupa bulat muka anda.





Gaya lebih ala Rayban seperti ini pula sesuai untuk semua jenis muka. Kaca mata COACH yang diperbuatkan dengan kualiti tinggi adalah produk yang boleh digunakan dengan lama. Jadi beli sekali sahaja dan boleh digunakan berkali-kali. Untung kan?








Warna sunglasses COACH juga berbeza dan anda boleh memilih mengikut cita rasa masing-masing. Jadi mana satu pilihan korang? tepuk dada tanya selera. lagipun tak lama dah nak raya..bolehla melaram dengan spek mata hitam baru nanti..meletop raya uols.. huhu.

selamat bershopping! :)


p/s: yang rabun mcm ciknaa ni kena pakai lens la kalau nak meletop gojes pakai sunglasses..karang tak nampak orang kat depan pulak.. muehehe..




2 comments:

  1. wau sgt sunglasses tu...selalu coach senonim ngan beg skrg dah ada yg baru

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016