GOOGLE Adsense

Monday, May 15, 2017

Angkara Sakit Hati

Assalamualaikum..



Minggu lepas ciknaa balik kampung mertua. cuti lama sikit, sempat la balik rumah pakcik suami. Dia ni kira bolehlaa 'tolong 'mengubat' kalau terkena buatan orang etc.. dengan izin Allah insyaaAllah.. nak jadi cerita masa ciknaa balik tu, ada hamba Allah datang rumah.. nak mintak tolong katanya.. dari cerita isteri, dia ni bekas komando. 3 tahun dah pencen. sejak berpencen tu macam-macam benda berlaku.badan dah kurus sangat, selera makan langsung takde. semangat nak hidup pun sama. selalu nampak kelibat pelik-pelik..setiap malam dia akan tampar muka dia sendiri sebab dia down sangat kot.. umur muda lagi tapi dah macam tua sesangat.. paling teruk, dia tak tidur langsung sejak 3 bulan lalu.. seluruh badan gatal-gatal sedangkan ciknaa tengok takde pun kesan gatal atau merah-merah macam ulat bulu ke ape..bila ke hospital, doktor takde pulak cakap dia sakit yang luar biasa.. dan dia cerita pernah mimpi pelik 3 kali.. dan bila pakcik suami cuba 'scan' masyaaAllah..menggeleng kepala dia..

Isteri dia borak dengan ciknaa, dulu masa komando, dia memang garang.yela, komando mana ada yang tak tegas, kalau tak macam tu, tak kental la bakal-bakal askar kat malaysia ni. tapi tak tau mana silapnya, ada yang berkecil hati atau sakit hati dengan dia. lepas tu hantar macam-macam benda tak elok dengan niat untuk buat pakcik ni merana sampai mati. pakcik suami ciknaa nasihat dekat pakcik komando ni, dia kena kuat.lawan hati. dekatkan diri dengan Allah..walaupun pernah dia cerita nak abiskan solat subuh hampir setengah jam disebabkan tak lancar nak baca al-fatihah.. ya Allah tak percaya ciknaa. tapi itu lah hakikatnya dunia yang semakin moden, ramai lagi yang ambik jalan hitam untuk memuaskan hati sendiri..

Pasal pakcik komando tu alhamdulillah, dia dah boleh tidur masa proses 'mengubat' aritu.. rasa tenang katanya. tapi dorang masih lagi ikhtiar sampai betul-betul 'benda kotor' tu keluar dari badan. inshaaAllah ciknaa doakan yang terbaik untuk pakcik tu..1st time tengok depan mata sendiri, tak terkata rasanya.. tak sangka dunia moden sekarang ni ada lagi yang masih guna benda-benda camni. nauzubillah..


Dan disebabkan benda-benda camni la mak ciknaa selalu pesan, kalau nak marah ingat Allah..istifar banyak-banyak.. kalau tak suka orang pun berpada-padalah.. berkawan pun berjaga-jaga. mungkin kita rasa rambut sama hitam, tapi hati orang kita tak dapat baca. kan?  moga kita dijauhkan dari orang-orang yang hitam hatinya..amin..

ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, jauhkanlah kami, suami, anak-anak serta seluruh keluarga kami dari bisikan syaitan, dari perkara-perkara yang boleh menyesatkan kami.. tunjukkan lah kami jalan yang benar dan lurus..amin..amin..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Segera Berta’awwudz Apabila Rasa Diganggu Syaitan - Allah SWT berfirman: “Dan jika engkau mendapati adanya suatu gangguan dari Syaitan, maka berta’awwudz-lah (mohonlah perlindungan) kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raaf, 7: 200) Di ayat setelahnya:
    إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka disentuh was-was dari Syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Surah al-A’raaf, 7: 201) Allah SWT berfirman: “Dan jika engkau mendapati adanya suatu gangguan dari Syaitan, maka berta’awwudz-lah (mohonlah perlindungan) kepada Allah. Sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fushilat, 41: 36) Allah SWT berfirman: “Dan katakanlah: “Wahai Rabb-ku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan Syaitan-syaitan, dan aku berlindung kepada engkau dari kedatangan mereka kepadaku.” (Surah al-Mukminuun, 23: 97-98)








5 comments:

  1. Wlu dah d zaman moden, memang ramai lagi yang guna benda sebegini ciknaa.

    ReplyDelete
  2. Allah.. betul ciknaa.. kita pun ada jmpa org² busuk ati mcm ni..

    ReplyDelete
  3. zaman skrg lg la byk benda2 macam tu...dunia tanpa sempadan..x suka santau..x puas hati sihir....kitorg nie dulu sampai letih nak berebut..skrg alhamdulillah dah ok

    ReplyDelete
  4. betul tu ciknaa..semoga kita sentiasa dilindungiNya..amin

    ReplyDelete
  5. Setuju tu cik naa.. Dlm dunia moden skarang ni still ada y bhati hitam n sanggup kenakan mde y x baik mcm ni x org. Mudahan dijauhi drp kt tkna mde² camni

    ReplyDelete

nasi lemak ikan kerisi,
nanti singgah komen la lagi (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016