Friday, April 7, 2017

Family Day GBSB Vol.3 : TERATAK MALAYA Janda Baik, Pahang [part 1]




Alhamdulillah.. tahun ni sekali lagi ciknaa join family day geng gojes blogger supermom and baby (GBSB) kali ni bertempat di Teratak Malaya janda baik, bentong pahang.. Walaupun dah pindah ke kuantan, ni bukan alasan untuk ciknaa tak join.. Geng gojes ni umpama keluarga kedua dah rasanya. Tak lengkap hidup kalau tak join, cewah! ape pun syukur nikmat semua berjalan lancar..


Ciknaa yang dari kuantan ni plan nak gerak awal, tapi apakan daya pack #sambalhitamciknaa tak sudah-sudah. ditambah pulak dengan banjir dapur dengan air mesin basuh, pukul12 jugak kelaur rumah. Sampai Janda Baik dah asar. Macam biasa sampai je terus dengan aktiviti wajib MAKAN dengan kaedah potluck! ciknaa bawak menu paling senang, jambu batu dengan asam kulit limau homemade. Sata & keropok beli aje.



brownies super sedap ni boleh dapat dari (IG) @dapurnanafarhana boleh pos ke seluruh malaysia ok

Nilah sebahagian menu potluck kitorang petang tu. Yang ciknaa ingat nasik goreng rara, meehun kayrul. karipap fizah, sandwich anna, sponsor brownies & kek dari nana & kayrul, colek buah mimi, teh tarik yana. kesemua tu takde yang tak sedap! ciknaa macam biasa la makan banyak.diikuti sibulat Rania Marissa. pun makan banyak! hahaha..

ni jela special ciknaa bawak. tapi laku jugak la abis petang tu jugak :P



doubleRM sibuk nak sentuh adik bambam alfi anak rara. comel yang amat

Setel makan potluck anak-anak sibuk nak mandi sungai. Rania dengan Razin tu awal-awal dah pakai baju mandi. hujan renyai-renyai pun bawak jugak la sebab dah excited sampai taknak makan afiq tu. heh!



air sungai lepas hujan, keruh macam teh tarik.. jadilah buat anak-anak hepi main air. 


Lepas mandi semua naik bilik rehat. Dinner malam tu pun lambat jugak kitorang turun sebab ujan. Malam tu lepas makan ada acara tukar-tukar hadiah, bagi goodies anak-anak, goodies mak-mak. Tapi tulah disebabkan anak-anak dah mengantuk, tak lama sangat la nak melepak. balik bilik dan rehat.

Macam biasa family day ni akan buat bonet kereta kitorang penuh! meh tengok ape benda yg memenuhkan space kereta tu..






Goodies anak2 sponsor by (refer IG ) @sambalhitamciknaa, @allaboutprinting dan @elementorganik ..anak2 semua excited dapat buku dan bekas pensil warna comel...sambil mewarna...sambil makan roti...Goodies mak2 tempah ngan @allaboutprinting...fridget magnet, keychain dan beg serbaguna...korang yg nak tempah goodies comel-comel macam ni ciknaa ciknaa suggest sangat sebab comel & harga sangat berpatutan.. 





Hoodie dan tudung ni sponsor khas dari @butikpenmerah (IG) kain dia super selesa. ciknaa ambik XXL ngam-ngam aje :P


ni pulak Anti Bugs pun bagus utk elakkan serangan serangga dan melegakan kegatalan kulit seperti terkena gigitan serangga..selain tu boleh jugak pakai mcm balm gitu.. agak-agak sebu perut, sapu aje.. inshaaAllah berkesan. pada ciknaa ni sangat berbaloi sebab comel sangat bekas nya. masuk je handbag tak terasa pun.. bau pun best! boleh follow IG @wellnessmamahq tau..






2 produk atas ni pulak sangat sesuai untuk baby yang ada masalah eczema. Ciknaa takde pengalaman anak eczema tapi bolehla cuba..mana tau serasi kan.. boleh follow (IG) @eczy7




Dan kalau rasa nak bermanja-manja dengan diri sendiri, boleh guna  FOOT SOAK DUNIA AURA by Shinawann bau dia tak bukak pun kemain kuat bau. senang je nak guna ni. campurkan sedikit foot soak ke dalam air suam.. rendamlah kaki anda. tapi benda ni kena buat diam diam. sebab anak sibuk benor lah nak rendam jugak.. mak banyak toksin nak oi..  follow IG (@dunia_aura_by_shinawann)

fokus kepada bunga sahaja. abaikan pemegang yg sihat itu! kahkahkah
Jambangan bunga segar ni mak-mak gojes semua dapat tau.. punya la seronok kitorang ni haa.. maklumlah jarang atau mungkin tak pernah merasa dapat bunga..huhu. tq anna (IG) @beautee.my sponsor bagi free je tau! 

baju family day setiap tahun dengan supplier yang sama
Baju tshirt rasmi family day kitorang masih lagi dengan tokey yang sama (IG) @allaboutprinting 3 kali family day 3 kali jugak la order dengan dorang ni sebab kualiti kain yg super duper selesa, dan harga yang sangat berpatutan.. 

ciknaa akan cerita lebih lagi untuk hari besar family fun day GBSB keesokan harinya... tunggu!



bersambung..



9 comments:

  1. alamak admin dah update la..x sempat sgt bz keja yg x sudah2...

    ReplyDelete
  2. best gilerr byk dpt goodies! :)

    ReplyDelete
  3. rugi tak dapat joinn...!!!! (TOT)

    ReplyDelete
  4. meriah dgn sponsors...moga makin murah rezeki semua sponsorssss...amin....next year harap dpt sponsor lg..ngee :)

    ReplyDelete
  5. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. masih lagi dalam draf..dah siap nanti sy publish..

      Delete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016