Monday, March 20, 2017

#rumahkecilfamilyRM : Kabinet Dapur Putih

Assalamualaikum..


Rasa macam dah nak hilang skill menulis blog ni. maklum la blog pun hidup segan mati tak mau dah ni.. kahkahkah..sebelum merapu, lebih baik ciknaa terus cerita pasal kabinet dapur yang masih 'panas' tu. Alhamdulillah, ciknaa dapat buat kabinet dapur lebih cepat dari jangkaan. sebab tu ada nya post MISI TUTUP BAWAH TABLE TOP  haritu. konon nak pakai lama, tapi perkhidmatan dia tak bertahan lama sebab ciknaa dah buat pintu yang lebih kemas.. gituuuuu..


Nak share sikit dapur ciknaa yang comel tu. Dari kosong takde apa-apa sampai la jadi rupa dapur yang ciknaa idamkan.. Walaupun belum betul-betul complete macam ciknaa nak, tapi macam biasa slow-slow.. duit bukan turun dari langit tapi ciknaa percaya inshaaAllah ada rezekiNya nanti..

2016 dapur asal rumah ciknaa.

Nilah dapur asal ciknaa masa mula-mula beli rumah tu tahun lepas. tak tau la berapa ukuran sebenar, tapi kata eddy (tukangrumah yang buat table top) saiz dia buat 15 kaki. Total ciknaa buat table top tu RM2250 tapi mintak diskaun RM50..alhamdulillah dia bagi. :)


2016 sesudah siap pasang table top
Lepas masuk peti, masuk barang dapur semua, tiba-tiba dapur ni jadi kecik *perasaan tuan rumah yang tak berapa nak kecik*


klik gambar untuk cara pasang langsir bawah table top 

Lepas hampir 2 bulan pakai langsir bilik air ni, ada rezeki nak pasang kabinet dapur. Ciknaa memang dah tau dengan sape nak deal. Dan bila ada bajet terus panggil arman ( kabinet dapur kuantan) datang ukur. Kira harga semua lepas 2 minggu dia datang pasang.


sebelum :





selepas :

tadaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!




Ukuran kabinet bawah 11 kaki. RM1500. kabinet atas tu tambah RM300. kenapa secoet je yang atas tu? sebab bajet sampai situ je..haha. ciknaa nak beli hood dapur tu dulu. nanti ada bajet baru pasang kabinet atas tu. slow-slow okeh..


material kabinet : formica






kabinet dapur hitam dan putih. eh sebenarnya dalam hati nak semua sekali putih. tapi ciknaa tahu siapa diri ciknaa.. daku tak rajin mana hoi.. huhu. jadi ambik lah table top hitam, kabinet putih. kaler sepanjang hayat gittuuu... susah tak nak jaga kabinet putih ni? baru seminggu ciknaa pakai, ok la. tak susah mana. sebenarnya lagi susah nak jaga table top hitam tu sebab  kalau susu anak jatuh sikit je terus nampak.. jenuh hari hari mengelap bagi bersih..


gambar diatas semua ciknaa cilok dari FB : KABINET DAPUR KUANTAN orang-orang kuantan, pekan, kemaman dan sekitar kalau nak buat kabinet dapur, ciknaa suggest sgt dengan arman ni. asben cakap dia sendiri yang pasang walaupun ada anak buah dia. kerja sangat cermat berhalus. ciknaa puas hati sgt dengan kualiti. InshaaAllah kalau banjir, kabinet ni tahan.. arman kata umah dia banyak kali banjir, tapi kabinet masih ok..


gambar latest dapur ciknaa. ada langsir nak pasang tapi mood rajin belum sampai lagi :P


tQ sudi baca :)



5 comments:

  1. cantik ciknaaaa... lega bila dah siap pasang kitchen cabinet tu kannn.. hehe

    ReplyDelete
  2. betul..kaler hitam lagi susah nak jaga dari kaler putih..

    cantik ciknaa.. :) kemas kerja nya..

    ReplyDelete
  3. serius cantik dan sederhana tu yg nmpk menarik bg akk...

    ReplyDelete
  4. Puas hati !
    Lawa sangat...sedap mata memandang...alhamdulilah rezeki ciknaa...lepas ni deko pelan2 biar lambat asal hasilnya kita puas hati syukur! :D

    ReplyDelete
  5. cantik sgt ciknaa!
    doakan rezeki daku pulak nanti hehe

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016