Tuesday, February 7, 2017

Resepi Cucur Jagung

Ciknaa tak pernah makan cucur jagung ni. Tapi banyak kali ternampak dalam blog. Nampak sangat sedap, terliur tapi tak buat buat.. Sampai la ahad lepas Mr.PapaRM bawak balik jagung selonggok. Nak rebus semua sah-sah tak abis makan.. Nak buat bubur, santan pulak takde, sebab tu ciknaa terpikir nak buat cucur jagung ni. Selain cucur, orang panggil jugak cekodok, jemput-jemput.tapi tetap benda yang sama sedap dimakan :)





Resepi mudah je campak-campak kemudian goreng..gituuu :)



Bahan : 

1 setengah cawan tepung gandum
2 tongkol jagung (ciknaa memang letak banyak, sedap)
4 cm carrot dipotong dadu
sedikit daun sup
bawang merah (ciknaa malas potong, ambik yang siap blend je)

Gaul semua bahan, kemudian tambah garam dan sedikit gula. Ciknaa pakai air panas untuk lembutkan sikit adunan tepung ni. sikit je dalam 1/4 cawan, kemudian masuk air sejuk biasa sampai adunan tepung tu lembut dan boleh dibentuk.




tu dia siap digaul dan tunggu masa nak masuk kedalam kuali panas.. 




Bolehla dimakan panas bersama teh o :)

4 comments:

  1. memang favorite cucur jagung ni, sedap kan..

    ReplyDelete
  2. nAMPAK Sedaplah ciknaa..x pernah jugak makan cucur jagung ni.. boleh cuba..sbb fasya suka mkn jagung..

    org ganu panggil jepput.. hehe

    ReplyDelete
  3. tak penah try cucur jagung ni.. boleh try next time.. nampak sedap mesti rasa manis2 jagung tu kan ciknaa...

    ReplyDelete
  4. Cucur jagung ni masa mengoreng lagi dah aromany memenuhi ruang dapur CikNaa
    Kakak kalau balik dari kampung bawa jagung salah satu resepi memang cucur jagunglah..

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016