Monday, January 23, 2017

Misi Berbekal ke Tempat Kerja

Assalamualaikum..

Masuk minggu ke 4 ciknaa dekat ofis baru. Tempat baru ni jauh dengan cafe. Ciknaa pulak jenis yang malas nak drive keluar tengahari. Lagi 1 dekat kuantan ni makanan agak mahal berbanding tempat lama ciknaa dekat gombak. So, dari situ ciknaa rasa eh bawak bekal jela. Jimat, takyah keluar makan kat luar, masa pun membazir..

2 minggu ciknaa berbekal. Alhamdulillah dah nampak kurang sikit pengeluaran duit..kehkehkeh.. macamana cara nak masak? kena bangun pagi-pagi ke? memula dulu kelam kabut jugak la. masuk minggu ke-2 dah ok dah.. ciknaa buat stock lada kering & bawang banyak-banyak terus..weekend blend, simpan dalam peti sejuk. Sayur, carrot, ayam, potong siap-siap masuk je dalam bekas bertutup. siap basuh.

Masa nak masak tu takde la banyak masa abis nak sediakan bahan kan.. Ciknaa bangun pukul6 selalunya..Kalau dah mengantok sangat malam tu, tidur awal, kul 5.45 pagi dah bangun. masak nasi malam sebelum tidur atau pagi-pagi. sempat je sebab ciknaa bawak bekal untuk diri sendiri. MR.PapaRM taknak..biasa la orang laki nak ngeteh dengan kawan-kawan kan..masak simple-simple untuk bekal makan sendiri.

sambal telur hancur

nasi + ayam masak kicap

ikan patin & sambal hitam

nasi lemak terbalik2  :P

Ada lagi bekal ciknaa tapi ada masa malas nak ambik gambo sebab tinggal masa nak ngap je!


so kalau 5hari x RM8 ciknaa bawak bekal dah jimat RM40. kalau darab sebulan? RM160 kan? itu untuk lunch sahaja..belum kira sarapan lagi. tahun 2017 memang kena pandai-pandai la simpan duit.. sekarang semua pun duit..jadi tepuk dada, tanya poket :D


tenkiu singgah baca blog ciknaa

xoxo,
-ciknaa-

7 comments:

  1. wahh.. bagus ciknaa... dilah pun kononnya nak bawak bekal jugak tiap2 ari.. tp si kakak tu xnak bawak bekal makanan yg berat sikit ke sekolah.. terbantut maknya punya misi.. haha.. kadang2 jer dpt bwk bekal..

    ReplyDelete
  2. gud cikna. semoga istiqamah. akk pun sama.berbekal setiap hari.

    ReplyDelete
  3. sama ler kita...berbekal ke ofis juga...mmg jimat...

    ReplyDelete
  4. ok la tu cikna. byk jimat.
    aida tak bwk bekal for lunch.
    aida akan lunch ringan2 aje.
    just bwk bekal for bekfes.
    malas nak kuar :)
    tempat makan jauh. and nak jimat sebeno nyer...

    ReplyDelete
  5. Bagus ciknaa.. Dulu masa yien diet mmg jimat ya hamat ciknaa sbb bwk bekal je manjang kan.. Now daku kene makan on time, nak masak pulak lahai malas nau.. So mendapatlah sehari habis berape $$$ dah *sobs*

    ReplyDelete
  6. terbaik ciknaa. nampak menyelerakan sungguh :)

    ReplyDelete
  7. bagus ciknaa... samalah dgn lya bwk bekal hari2.. jimat duit..kt kemaman mahal2 harga makanan

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016