Thursday, December 1, 2016

Kadar Harga Baru POS LAJU mulai 15 Oktober 2016

Pos Laju dah ada harga baru pulak start bulan 10 haritu. Ciknaa yang meniaga ni pun terkena jugak la tempias nya..adeh.. Alhamdulillah customer faham. Yelah kalau dah biasa berjual beli online ni postage memang kite kena tanggung kan.. Bagi ciknaa itu lebih murah dari nak pegi COD, dengan kos minyak kereta, tol & masa pulak lagi.

Ni yang sempat ciknaa ambik dari pejabat pos area ofis. Kot-kot membantu korang yang nak tau anggaran harga untuk pos barang menggunakan khidmat pos laju malaysia.







Ciknaa memang guna sampul prepaid saiz S. yang ada bubble tu untuk pos #sambalhitamciknaa. kalau dulu harga dia RM6.24 sen termasuk GST. Sekarang dah jadi RM7.31. Sama jugak dengan sampul yang saiz S. Dulu RM9. lebih sekarang dah naik kepada RM10.49






Untuk Semenanjung harga :

Prepaid ( ada buble) saiz S : RM7.31 / max : 500 gram
Prepaid ( ada buble) saiz L : RM10.49/ max : 1 kg


Untuk Sabah/Sarawak  harga :

Prepaid ( ada buble) saiz S : RM11.55 / max : 500 gram
Prepaid ( ada buble) saiz L : RM16.85 / max : 1 kg

Itu untuk plastik sampul untuk prepaid lah ye.. Kalau yang pakai flyer, atau barang guna kotak sendiri, lain pulak cara kiranya. kena timbang manual la baru tau berapa harga yang perlu dibayar.



ini pulak flexi pack untuk pengeposan antarabangsa. 






Ni kadar POS LAJU mengikut berat mulai 15 oktober 2016



Untuk yang nak gunakan kotak pos laju prabayar/prepaid pun boleh. Beli kotak, masukkan barang & tak perlu timbang & kira-kira lagi dah berapa nak bayar. Memang tetap harga tu kecuali lah kalau terlebih berat. 











Mahal ke Murah? Semoga dengan ada kenaikan harga baru ni, kualiti penghantaran pun makin meningkat lah hendaknya.. Barulah sesuai dengan nama POS LAJU kan kan kan..



Ada yang nak selit order #sambalhitamciknaa? :) meh whatsapp yee.. yang pasti GST ciknaa tanggung demi customer tersayang! 

7 comments:

  1. Harap-harap kalau dah naik kosnya kenalah tambah perbaiki servicenya juga
    Setimpal dgn pembayaran dibuat

    ReplyDelete
  2. jenuh laa pasni.. hrga semua naik weiii

    ReplyDelete
  3. adoiii...
    dah anik jugak..apalahhh nasib kita..
    nnati beli brg, harga postage plok mahal dr barang..
    mmmmmm

    ReplyDelete
  4. Kalau nak pos barang gune kotak sendiri kiraan harga dia mcm mane ye

    ReplyDelete
  5. salam nak tnya. ada list harga flyers poslaju terkini tak?

    ReplyDelete
  6. salam nk tnya, hrga flyers poslaju terkini ada x?

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016