Thursday, November 10, 2016

Suami Mengaku Curang Sebab Isteri Dah Tak Cantik

Minggu lepas ciknaa ada baca satu artikel pasal cerita curang ni. Dihadapan isteri, dialah suami paling penyayang, romantik, sayang anak-anak, rumahtangga tak pernah dilanda masalah besar. Tapi disebalik bahagianya hati si isteri, suami curang dibelakangnya. Sampai terlanjur banyak kali dengan seorang janda anak ramai. Astagfirullah.. speechless ciknaa baca.

Antara pengakuan sang suami

'' Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang… abang tidak mampu menghalang ''

''Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan… dan Mah terimalah dengan lapang hati ''



Artikel penuh korang boleh baca dekat ohmedia.com / ohmy-gummy 




Apa yang korang rasa bila baca entry ni? kalau korang berada didalam situasi si isteri, ape yang korang rasa? Allahuakhbar.. tak tergambar rasa sakit, perit, remuk, kecewanya hati Mah tu kan.. ok, ciknaa taknak kecam laki mah tu. memang sah-sah dia yang salah. Tapi ciknaa ambik positif dari cerita ni untuk diri ciknaa sendiri. Cukup cantik dah ke kita sebagai isteri? cukup bersih dah ke kita untuk bersama suami? rambut dibawah tudung kita bau kepam tak? bilik tidur kita adakah sama macam bilik malam pertama waktu kawen dulu? semua benda tu kadang-kadang kita nampak macam benda kecik. kan? tapi percayalah itu la yang suami mahukan.. nak isteri dia sentiasa wangi, bersih, bergetah balik macam dulu.

Ni antaranya yang pernah ciknaa dapat masa dengar talk dari pak uteh. Ilmu rumahtangga banyak ciknaa dapat dari talk dia. Best! positif sangat-sangat. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan kerja kita, menguruskan rumahtangga, anak-anak, kita lupa tanggungjawab kita pada suami. Mungkin disebabkan itu, suami cari perempuan lain kat luar. Nauzubillah.. mintak jauh dari kita semua para isteri termasuk ciknaa sendiri.

Kalau boleh, cari la suppliment apa-apa, upkan balik apa yang kurang. Jaga diri kita untuk suami kita, bukan untuk orang lain. ciknaa pun ingatkan diri sendiri. sebab rumahtangga kita tak selalunya bahagia, kalau kita jaga diri kita, suami nak cari lain jugak tu memang tak boleh buat ape, Gatal nak berbini lain la tu namanya. Tapi jangan sesekali suami cari lain & bagi alasan kita tak jaga diri, longgar sana sini, bau kepam etc..NO NO NO.


p/s : sekarang ni banyak kes suami curang dengan isteri. Jadi isteri kena banyak sabar, yang penting doa, usaha, tawakkal. usahakan la ada duit sendiri, in case jadi apa-apa belakang hari, kita ada Plan B untuk terus hidup besarkan anak-anak.


xoxo 
- ciknaa -



5 comments:

  1. Sekurang kurangnya kita sebagai isteri ke a cantik juga... Xpyh tggu laki bg duit... Cr duit sendiri... Klu lepas tu, dibuat hal gak...kapakkan.... Hahaha

    ReplyDelete
  2. Kalau CikNaa nak tahu isu ini lama dah jadi salah satu topik tazkirah di masjid kakak dulu tau. Lama dah kisah ni sebenarnya. Tapi tahu apa komen ustaz yg bagi tazkirah. Apa pun yg membuat isteri kelihatan sudah tidak menawan dsb adalah atas tanggungjawab suami juga. Suami kena jaga makan/pakai/peralatan dsb utk dptkan isteri idaman.

    Bukan belikan tudung mahal, baju cantik, makan sedap2. Kena juga hantar isteri pergi sauna, slimming, make-up dsb sebgaimana citarasa yg dia hendak. Jgn salahkan isteri saja. Kerja2 rumah dsb kena pikul sama-sama kerana hakikatnya tanggungjawab rumah tangga adalah tanggungjawab suami. Dialah kepten dalam semua hal.

    SO... dlm kes ini sama-sama kita fikirkan.

    ReplyDelete
  3. Perkara yg plg akk takut benda ginila..tp akk ada je sorang kawan bini dia kemahen bergetah...takde la tak lawa pun..but sti hubs dia ada org lain..smpi tahap dh tak boleh lupa perempuan pihak ketiga tu..nauzubillah

    ReplyDelete
  4. Takut nya lah cikna bila baca bab2 mcm ni..dah bnyak sangat jadi depan mata sy ni..Nauzubillah..moga kita & suami di tetapkan hati pada pasangan masing2... betul tu, ambil dari sudut positif..kenalah jaga diri dpn suami.. kadang mmg suami tak minta ,tapi dlm hati mesti dia harap kan kta sama spt dulu.. apapun suami kenalah jg beri keperluan isteri apa yg patut utk cantikkan diri di depan mana dia. Jgn kedekut..kan...

    ReplyDelete
  5. istri yang cantik adalah yang bisa menjaga kehormatan suami,
    Berkah

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016