GOOGLE Adsense

Tuesday, November 15, 2016

Resepi Sandwich Telur Paling Senang



Ada masanya kita dah lalu nak makan 'beli' kan? Rasa macam tak boring dah menu sama je kat cafe. Ciknaa selalu rasa camtu. Nak-nak sekarang musim hujan, rasa taknak keluar ofis dah. Jadinya marilah kita berbekal ke tempat kerja. Tapi ciknaa tak sempat.. Banyak beno la alasan mamaRM ni kan. muahahahahaha.


Roti
Serbuk Lada Sulah/ Lada Berperisa
Mayonis 
Telur rebus

4 bahan tu je ciknaa guna untuk buat sandwich tu. 2 benda dalam botol tu memang dah tinggal terus kat ofis. Jadi bawak roti & telur rebus 2 bijik. telur tu pun rebus pagi-pagi sementara bersiap nak pegi keje tu. 

Macamana nak buat? oloh..senang yang amat..


Lenyek je telur rebus, dengan mayonis & tambahkan serbuk lada sulah tu.bubuh lebih sikit sebab takde garam langsung. sesedap rasa je sandwish ni haa.. kalau perut gajah macam ciknaa ni 4 keping baru kenyang. :)

Nak cuba? silakan..


pssst, ni kalau tambah sambal hitam lagi meletop kebaboom! 


===================================================================


IKLAN 

ciknaa open order sambal minggu ni yee.. last payment sabtu, sambal akan dipos minggu depan isnin.

Sambal hitam ciknaa


RM10/140 gram
RM17/ 240 gram

Postage RM7 utk 500gram ke bawah

WHATSAPP 017.952.1525 


6 comments:

  1. Wah, boleh tahan juga nampak sedapnya tu.

    Terus Sha rasa nak buat

    ReplyDelete
  2. Akk sellau buat utk anak2..deme suka sandwich jenis gini

    ReplyDelete
  3. masa open raya aritu buat sandwish tak sangka abis cepat.ingat x laku.

    ReplyDelete
  4. teringat arwah mak aty suka sangat sandwich telur macam ni..sama macam ni la die buat.. sedap.. kalau time puasa dulu..waktu sahur selalu die buatkan..kalau anak2 tak selera nak makan nasi.. :)

    ReplyDelete
  5. anak sy suka sandwich mcm ni Ciknaa...yg simple2... nak buat pun senang kan, tapi hasilnya sedapp... :)

    ReplyDelete
  6. Auuummm..nmpk sedap sgt ni cik naa

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016