Tuesday, November 8, 2016

PUREbySO : Produk Organik Untuk Masalah Rambut

Assalamualaikum.

Hai korang! Pernah dengar produk PUREbySO? alah produk organik penjagaan diri dan kecantikan yang blogger safiyyah osman buat tu. Ciknaa panggil piya je. Ok, piya ni lah founder PurebySO tu. Piya dah hasilkan macam-macam produk organik sendiri tau. 100% homemade, memang takde bahan kimia yang merbahaya. Apa yang membuatkan produk PUREbySO ni lain dari yang lain, piya tak guna pewarna dalam setiap produk organik. PUREbySO menggunakan bahan asli seperti beetroot untuk warna merah. Jadi, senang cerita produk piya ni bebas pewarna dan bebas pewangi tiruan. 


Sebelum ni ciknaa pernah guna Pure & Choco PUREbySO. Disebabkan best, now ciknaa cuba produk rambut pulak. ada 2 jenis barang untuk kesihatan rambut. ORGANIC SWEET ORANGE SHAMPOO & POWERFUL HAIR MIST. 






ORGANIC SWEET ORANGE SHAMPOO



KEBAIKAN  : 

✔ Menghilangkan kelemumur
✔ Menguatkan akar rambut
✔ Mengurangkan keguguran rambut
✔ Mengatasi masalah rambut berbuah
✔ Menghilangkan masalah rambut bercabang

Bahan : Aqua, Decyl Glucoside, Lauryl Betaine, Sodium Chloride, Xantham Gum, Phenoxyethanol, Serbuk Jus Aloe Barbadensis Leaf, Asid Sitrik, Asid benzoik, asid Dehydroacetic, pati minyak sweet orange. HARGA : RM38 100 ML

Ciknaa tak pernah guna shampoo organik sebelum ni, bila pakai shampoo ni rupanya buih dia memang kurang dari shampoo biasa. Tak puas sebab dah terbiasa dengan buih yang banyak. Tapi bagus sebab shampoo organik ni dapat memberikan kulit yang sihat tanpa menyempitkan saluran darah kulit kepala. Bau oren yang kuat tu rasa macam sedap je tekan banyak-banyak..tak sedar dah terpakai banyak! ๐Ÿ˜…

Kesan : kelemumur keluar macam salji atas kepala. banyak tau.  Ok ni serius, lega gila bila kelemumur tu hilang dari kulit kepala. Ringan je rasa. Gatal pun takde dah. Kalau tak sepanjang dekat ofis ciknaa selalu rasa gatal atas kulit kepala. 



POWERFUL HAIR MIST



KEBAIKAN


✔ Menghilangkan bau busuk rambut yang terperap
✔ Menjadikan rambut lebih sihat ,lebat dan bersinar
✔ Mengawal keguguran rambut
✔ Menyingkirkan minyak yang berlebihan pada rambut dan kulit kepala
✔Sangat sesuai untuk masalah rambut kering 

Bahan :Organik minyak argan,sweet orange extrak,minyak asli sweet orange,minyak vitamin E,Minyak kelapa dan grapefruit. HARGA : RM30 50 ML

Powerful hair mist ni ala-ala minyak rambut la. Tekstur dia macam air mawar tu je, tak berminyak langsung. Bau sama macam shampoo atas tu, bau oren jugak. Cara guna, spray je atas rambut dan urut perlahan. Ciknaa guna anak beranak tau hair mist ni. Terutama rambut encik sepul, maklumla rambut dia dah kurang, ops! ๐Ÿ˜…

KESAN : Rambut jadi kurang berminyak (suami) sebab kulit kepala dia memang jenis berminyak. Ciknaa sendiri pakai rambut kurang gugur. Alhamdulillah, takde la hari-hari jumpa rambut kat lantai bila sikat rambut. Anak-anak pun pakai, macam buah oren mama~! haha.







Dua produk ni memang boleh pakai satu keluarga. Produk rambut PUREbySO ni boleh digunakan seawal umur 2 tahun ke atas. jadi memang elok sangat la doubleRM tu pakai.  Ciknaa selalunya akan guna hair mist tu untuk 2 beradik ni sebelum tidur. Satu bilik bau buah oren! hehe.



Testimoni : 





Produk PUREbySO ni mesra solat.  Jadi takyah risau bab ni. sebab produk purebyso mesra wuduk. 

Selain daripada produk rambut, PUREbySo ada lebih daripada 10 jenis produk. Terbaru piya dah keluarkan produk untuk baby. so korang yang berminat boleh tengok testimoni dengan menggunakan  #testimonipbyso. 



Instagram : purebysafiyyahosman
Facebook : purebysafiyyahosman

Contact : 019- 416 3319

PUREbySO ada ejen sah seluruh malaysia. korang yang nak order boleh la pilih Stokist/Agent/Dropship PUREbySO yang berdekatan. 


Berita baiknya sekarang ni PUREbySo ada iphone 7 & iphone 8 untuk dimenangi. Macamana nak join? syarat mudah sangat, dengan pembelian minimun RM30 korang boleh join lucky draw tu. takyah slogan bagai. senang kan? join la iphone kot. :D



6 comments:

  1. Best ni ciknaa.. syampu rambut biasa kat pasaran tu nama je utk anti kelemumur tp pakai tetap ada kelemumur lagi.. boleh try syampu organik PurebySO lak lepas ni.. hihi

    ReplyDelete
  2. semalam i baca psl produk baby tu...huii mmg nk beliiii...i suka tang organik² niii...hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh..memang bagus ni Ciknaa... sy dok tercari2 gak produk utk rambut skrg..kritikal btl masalah rambut sy... boleh lah nak usha2 produk ni...

    ReplyDelete
  4. Menariklah CikNaa
    Kakak ada masalah rambut gugur CikNaa
    Kalau panjang lebih sikit aje mulalah.
    Sebab itu rambut kakak paras bahu aje tak boleh lebih dari itu.

    ReplyDelete
  5. bila duk jauh ni mcm2 produk best mak2 gojes ni update..nyampah tau...haha

    ReplyDelete
  6. menarik ni ciknaa. sekarang ramai yang cari produk organik

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016