Wednesday, November 2, 2016

Best ke beranak rapat ni?



Pernah orang tanya ciknaa, tak penat ke beranak rapat-rapat ni? Best ke? HaHaHaHa.. ada soalan yang betul-betul ikhlas nak tau, tak kurang jugak soalan memerli. Sebab kononnya beranak rapat ni tak pandai merancang. Manusia kan.. 

Masa mula-mula dapat tau mengandung dulu memang tak boleh terima. Menangis cakap dengan suami, kenapa mengandung. baby kecik lagi. tak mampu nak jaga 2 orang sebab masa tu masih PJJ dengan suami. Tapi lama-lama ciknaa terima dengan hati terbuka. Dan Allah beri rezeki berlipatkali ganda, suami dapat keje tetap, sekali gus dapat duduk sebumbung. hebatkan perancangan Allah swt.

Bagi ciknaa la yang baru ada 2 orang anak ni, rapat, setahun sorang. Penat tu tipu lah kata tak penat. Dengan suami yang kerap out station, boleh dikatakan semua benda ciknaa urus sendiri. Tapi itu dulu masa baru-baru dapat rania. Rania lahir masa tu Razin tu baru je masuk setahun 4 bulan. Masih terlalu kecil untuk faham apa itu adik. tak reti nak berkongsi sayang lagi. Penat jugak sebab dorang memang jenis kuat isap susu. so memalam 2 jam sekali ciknaa kena bangun bancuh susu. 




Tapi itu dulu. Sekarang ni dua-dua dah besar dah. Razin dah 4 tahun, Rania dah 3 tahun. Alhamdulillah dorang dah tak pakai diapers (siang). Si abang tu dah pandai buang air, basuh sendiri. Mandi pun dua-dua dah pandai tapi ciknaa cuma tengok dari luar bilik air je. Memang itu pun yang dorang belajar kat taska/tadika. Semua kena buat sendiri. 

Pernah dulu ciknaa rasa nak benti keje, tapi mak pesan. Penat tu cuma sementara je na. Nanti bebudak ni dah besar, kita dah ok dah. Sayang kalau benti keje. Gaji pun dah selesa (alhamdulillah cukup walaupun tak besar) Now, ciknaa dah rasa apa yang mak ciknaa pernah pesan tu. Teringin nak beranak lagi, tapi nanti dulu la.. hehe. Ciknaa ada plan lain sebelum ada baby. InshaaAllah kalau ada rezeki nak mengandung semula bila rania dah masuk darjah 1.

p/s: Sekarang orang tengok 2 beradik ni pun orang kata macam kembar, cuma kalau berdiri, si abang tu akan nampak tinggi dari adik, 

11 comments:

  1. Alhamdulillah..semua ada hikmah nya kan Ciknaa.. dapat sepasang ni dah cukup bersyukur walau pada mulanya risau tak cuku kasih syg lg pd si abang.. Allah dah rancang sebaik2nya.. bertambah2 murah rezeki ciknaa.. comel depa dua...
    *atie msh mengharap & doa utk bagi adik kt abg Pae sy tu..sorang pn jadik lah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Ciknaa... lawat hero heroin comel kt atas :)

      Delete
    2. memang betul atie..ciknaa ada terfikir risau tak cukup kasih sayang pada abang. tapi mula-mula je, lepas tu semua dah ok. now dorang dah rapat sesangat..seronok tengok! hehe.

      Delete
  2. Kalau daku org tanya, ku jawab je best sbb acah2 ade anak kembar, haha..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan yien.. memang macam kembar, lain-lain muka..haha.

      Delete
  3. yes..ain pun rase bende yg sama...penat tu xyah cakap la..sbb dua2 kecik lg kan..bila skang ni dorang dah besar 4 dan 3 tahun..rasa hilang penat tu sikit...senang nak handle..cuma bila time bergaduh je la mcm singa...now dah bole diharap..dgr cakap...boleh ajak bersembang mcm2...gi jalan2 bertiga..hehe..lg senang raees sekarang siang malam dah x pakai pampers..tinggal Raynia sorang je...
    so xmenyesal pon beranak rapat ni...rasa bertuah ade la.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt tu ain. sekarang dah besar, boleh kata senang sikit la nak jaga. sebab masing-masing dah faham kan.. tak menyesal kan kan kan.. haha. sep!

      Delete
  4. Kakak akak ada macam CikNaa tapi dia lagi dekat masa tu yg sulung baru 11 bulan. Nasib baik dah tukar tahun kalau tak macam kembar. Tapi kami semua suka CikNaa sebab macam kembar bila jenjalan sama. Sebenarnya yg satu lahir tak cukup bulan jadi. Sekarang dua-dua dah kawin pun masih macam kembar tau CikNaa. Selalu kalau nak raya walau rumah jauh dah sepakat baju nak tema apa. Jadi bila balik rumah mama dia pakai sama semua. Cantik kakak suka tengok.

    Masa kecik pun main sama-sama senang brought-up together. Buat susu terus dua botol. Satu tidur, dua-dua tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tahun yang sama tu memang orang kata kembar kan kak..haha comel~! alalala, sampai dah kawen pun still macam kembar. sweet sangat.

      Delete
  5. Akak pun ciknaa...masa mengandung hafiy rase mcm sedih.tak boleh terima kenapa mengandung lagi.pastu ni yang ketiga pun awal2 camtu jugak.sebab penat,tiap kali mengandung ade morning sickness.dua2 anak sendiri angkut hantar sekolah sorang.hantar taska sorang.sampai badan selalu sakit2 sebab hafiy nak berdukung je.tapi anak tu rezeki...kuatkan diri demi anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emosi kite memang camtu kan kak mimah.. penat, alahan, masalah kesihatan lagi, pegi klinik sokmo, tu yang buatkan kita rasa emosi. tapi takpe kak, Allah bagi bahagia tu nanti. akak kuat tau! mana tau next ni gegel. kan akak suka mekap2..hihi

      Delete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016