Monday, October 10, 2016

Owlery Cafe : Tempat Makan Paling Santai di Kuala Lumpur



Suka makan? Rasanya macam takde orang yang tak suka makan.. Nak-nak orang belanja makan free. Tapi ni ciknaa nak share tempat makan yang paling santai area KL ni. Dah 2 kali dah ciknaa pegi. Ni baru ada kesempatan nak share kat blog. 


Owlery Cafe, ampang. Tak jauh mana dari rumah ciknaa kat gombak ni. Tapi redah jugak la jem sikit-sikit. Ampang tu dengan jem memang tak dapat dipisahkan..ok dah melalut. huhu..


Apa yang best sangat kat owlery ni? bagi ciknaa semua makanan dia sedap. peminat western terutamanya, sini menu-menu barat memang sangat sedap. Tapi takde la ciknaa test semua menu. Antara yang hot kat sini CHEEZY SPRING CHICKEN dari ayam tu sampai ke salad ciknaa bagi 5bintang~! kalau tak sedap takde nya nak repeat 2 kali. gituuu..

CHEEZY SPRING CHICKEN


CHEEZY SPRING CHICKEN



2 menu diatas tu ciknaa punya. memang sangat sedap! licin pinggan tu ciknaa makan. 

Ok, menu encik sepul pulak mee goreng. dia cakap KL ni payah nak cari mee goreng yang sedap.Tapi dia jumpa selera dia kat owlery ni. Dengan udang yang bapak besar tergolek atas mee. terbaik! cuma kalau ganti dengan daging lagi umpph~! ala dia tu semua nak daging.. nyampasss..

TIGER PRAWN FRIEND NOODLE 

And tak lupa jugak satu menu yang wajib cuba bila pegi owlery ni. Mac & Cheese. Memang terbaik lah.. ciknaa try tarik cheese dia kalah pizza *** tu.  Rasa memang tak muak walaupun makan banyak, cuma biasa la cheese ni kan cepat kenyang. semangkuk tu kitorang bergilir 3 orang makan baru betul-betul abis..



Dekat owlery ni macam-macam jenis air ada. Kalau tengok IG paknil pun lepak minum kat situ. Cuma ciknaa pegi, memang niat untuk makan. So kitorang ambik air teh tarik & teh tarik ais je. Pun sedap. Teh tarik yang lemak-lemak manis pun sedang elok je. amboi kemain cerita, terliur kang sape nak bawak? hahaha..



Apa lagi yang santai kat sini? Korang makan, anak-anak biar je main.. Serius ni paling best bagi ciknaa. Anak-anak pun suka kalau datang sini. memang tak ingat makan dah sebab situ ada 'port main masak-masak' kata nya.. Rania sampai arini dok sebut nak main asyak asyak.. hahaha.




Sebelum balik marilah kite bergambar dulu tengah tokey owlery ni yang juga suami kepada blogger gojes rara .. tQ lan sudi layan permintaan kitorang yang macam-macam ni..sorry eh sepah menan tu semua dikerjakan doubleRM :P



Ok, korang yang terliur baca entry ni, boleh terjah : 

=====================================================================



Owlery Cafe Dine & Grill
G-6 Jalan Dagang B/3A Taman Dagang,
Ampang Selangor.

03-4287 9639
(Isnin : TUTUP )

7 comments:

  1. Bila lah nak pegi sini. Jauh nau dari sg.buloh ��

    ReplyDelete
  2. Kejamnya ciknaa..huhuhu..dah terliur sgt tau...rindu nak makan situ tau....
    Nak g sambut anniversary kat situ la nanti

    ReplyDelete
  3. Huwwaa..bilala nak sampai...blm rezeki

    ReplyDelete
  4. alahai..sedap2 makanan tu sis...bila lah nak sampai sana... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah lagi nengok makanan sedap2... :)

      Delete
  5. Aduhai CikNaa kalau dekat nak kakak terjah tempat tu
    Tengok cheese dia hmmm... menggoda betul:)

    ReplyDelete
  6. Adoiii mac & cheese tu menggodanyaaaa

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016