Friday, September 2, 2016

Rindu Ketenangan

Salam Jumaat..


Sejak akhir-akhir ni ciknaa penat lain macam.. Musim demam kot kan sekarang. Rania hampir sebulan demam on off.. bulan lepas saja ciknaa EL 4-5 hari untuk dia sorang je. Tak masuk EL afiq lagi. Orang kata anak-anak tak sihat nak bina antibodi. Tapi sebagai ibu,  terasa jugak la risau kan.. dengan batuk, kahak nye lagi. Allah.. 

Takde niat pun nak mengeluh. Cuma rasa penat sampai untuk diri sendiri pun takde masa. Nak raya haji dah kan tak lama lagi. Memang tak ingat nak beraya pun.. Sebab cuti pun dah habis.. Malas nak pikir apa-apa bab raya.. 

Alangkah best nya kalau dapat pergi bercuti. Bawak anak-anak (kalau dah sihatlah) pegi pulau.. tengok pemandangan yang cantik.. subhanallah.. dan dan menulis ni teringat pulak pulau perhentian dengan redang. Pernah jugak la beberapa kali pergi time bujang-bujang & honeymoon dulu-dulu.


kredit : sonarz.com
Orang kata kalau nak sesuatu kena lukis, tampal. Tapi kat blog kita menaip jelah..moga-moga Allah makbulkan niat ciknaa macam pegi langkawi haritu..amin.. 


p/s : ya Allah mudahkanlah urusan ciknaa.. sihatkanlah rania & afiq.. amin..



2 comments:

  1. semoga cepat sembuh rania n afiq...dan buat ciknaa jgk jaga kesihatan elok2 yeh...

    ReplyDelete
  2. semoga afiq & rania cpt baik. bercuti mmg dapat hilangkan stress... hope ur dream come true.

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016