Tuesday, August 9, 2016

KWSP akaun 2 : Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah

Assalamualaikum..


Mungkin ada yang tahu, tapi takpe ciknaa share jugak la. Akaun 2 KWSP tu selain boleh keluarkan untuk digunakan membeli rumah @ downpayment rumah 10%, boleh jugak dikeluarkan untuk membayar ansuran rumah setiap bulan.. ok, contohnya la dalam akaun 2 tu ada RM10k, dan bayaran bulanan rumah adalah RM800 sebulan, kwsp akan bayar kepada bank atau terus ke akaun simpanan kita untuk tujuan bayaran rumah.

Cara pengiraannya

RM10k bahagi dengan RM800 : 12.5 bulan.

Jadi KWSP akan bayar selama 12 bulan sahaja sebanyak RM800 sebulan.

 Tapi janganlah pulak buat bukan-bukan duit tu ye.. Terus bayar ke bank. Macam ciknaa, rumah dah terus tolak kat payslip siap-siap..So duit kwsp tu boleh la cover sedikit sebanyak perbelanjaan bulanan.. 

Satu lagi nak share, untuk pengeluaran ansuran bulanan rumah ni sekurang-kurangnya baki dalam akaun 2 KWSP minimum RM600 . so katakan lah korang ada RM2000 je, RM2k tu akan dibahagi 6 bulan.. so setiap bulan KWSP cuma akan bayar sebanyak RM333 sahaja. Kalau bayaran bank RM800, korang kena topup sendiri lah baki nya tu.. gitu..


Dokumen apa yang diperlukan untuk pengeluaran KWSP ni?

1. IC - tak perlu bawak salinan. Bawak IC je, sampai sana semua pakai mesin je dah..
2. Statement bank baki pinjaman rumah -yang ni kena dapatkan dari bank. Ciknaa punya bank muamalat, kena charge RM21 hoi.. dapat lepas 2 minggu..
3, Penyata akaun bank - mesti ada nombor akaun tu. nak senang pegi bank je, RM1.50 je ciknaa kena.
4. Penyata KWSP terpaling latest..Kalau ada i-acc, silalah print.. Kalau takde, sampai pejabat KWSP pun boleh print kat mesin tu.

p/s : borang tu buat penat je ciknaa print & isi dengan teliti. sampai kaunter ambik nombor, tak perlu pun sebenarnya..cis! haha..

Disebabkan ciknaa pernah buat pengeluaran untuk beli rumah sebelum ni, memang tak payah bawah SNP, geran bagai.. 4 benda tu je dah setel.


KWSP sekarang tak susah dah nak buat pengeluaran. Tapi kalau simpan lama sikit & bayar lumsum pinjaman rumah lagi bagus. Takyah hutang lama-lama kan.. Tak sabarnya nak sampai ke tahap tu (padahal baru je bayar rumah beberapa bulan, kahkahkah)



Terima kasih baca,

-mamaRM-

5 comments:

  1. Kemudahan ada gunakan sebaik-baiknya
    Memang senang berurusan dgn KWSP.

    ReplyDelete
  2. Time kasih share Cik Na..
    Byk dah pengeluaran utk KWSP sekarang kn..

    ReplyDelete
  3. Syukur jugak ada kwsp ni kan, memudahkan skit urusan beli rumah..semoga urusan Cik Naa dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. tq for sharing.
    sbnarnya bgs juga buat camni utk kurangkan beban bulanan,,

    mcm lya setiap thn keluarkan acc 2 utk byr pinjaman belajar..nk cpt2 hbs... dah msk kali ke3 kluarkan

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016