GOOGLE Adsense

Friday, June 24, 2016

Rumahku Syurgaku



Alhamdulillah ciknaa dah dapat kunci rumah kat kuantan tu.. Permohonan nak tukar ke sana bulan 5 aritu belum diluluskan.. Ditangguh ke bulan 10 atau bulan 1. So sempat la ciknaa bersihkan atau kalau ada rezeki nak cat dulu rumah tu. 


So sebelum buat apa-apa ciknaa nak share dulu rupa rumah tu. yang kosong masih takde pape lagi. 

ruang tamu jenis memanjang

dapur 

bilik ke3 

Disebabkan kitorang belum dapat duduk lagi rumah tu, ciknaa ambik keputusan untuk tambah table top konkrit. 2 bulan lepas ciknaa panggil eddy (tukang rumah) ni datang & deal. Terus tinggalkan kunci rumah pada dia sebab dia nak buat bulan puasa. Alhamdulillah dah siap pun.. sampai sekarang ciknaa sendiri tak tengok lagi. Dia cuma wasap je dah siap.. Tengok pun dah tau hasil kerja memang kemas.. Alhamdulillah..


sebelum

semasa proses pemasangan table top 

dah siap! 





table top ciknaa ni ukuran nya dalam 15 kaki.. Lebih dari RM2k eddy bagi free charge untuk sinki tu.. Setakat ni jela dulu dapur ciknaa..nak pasang kabinet tu kena mengumpul lagi..orang kata pelan-pelan kayuh kan.. 

Next lepas raya nak start pindah barang-barang dah. Tak sabar nak masuk duduk rumah sendiri. Tapi belum ada rezeki.. masih sabar menunggu :)


No comments:

Post a Comment

nasi lemak ikan kerisi,
nanti singgah komen la lagi (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016