Thursday, June 9, 2016

Menu Mudah Untuk Sahur

Entry pertama ramadhan tahun ni. Terus buat menu makanan.. :D  Sahur salu nya ciknaa takde masak banyak-banyak lauk. paling banyak pun 2 jenis je. Nasi wajib sebab suami memang makan nasi.  Antara yang selalu buat nasi goreng sardin, goreng telur dadar, sambal hitam, pekasam daging atau pekasam ikan patin.. wow! tapi semalam ada 1 menu yang ciknaa dah lama tak buat.. Sambal kentang & ikan bilis garing. 






Menu yang paling ciknaa suka buat masa duduk umah sewa zaman bujang..time tu peti ais takde. So stock kentang & ikan bilis memang banyak.. Lauk ni je dah selera makan.. Nak-nak makan sahur..dengan ikan bilis yang garing-garing tu terbaik sangat makan dengan nasi panas..


Nak resepi jugak ke? simple je kot ni.

Bahan-bahan : 

Kentang [ 2 biji ]
Ikan bilis [segenggam]
bawang besar [setengah biji]
cili kampung [3-4 biji]
bawang putih [ 1 ulas] 


Goreng kentang & ikan bilis. ketepikan. Tumis bawang besar, cili kampung, bawang putih yg dah ditumbuk. tumbuk le sedap baru kampung..^^ dah garing masukkan garam, kentang & ikan bilis. setel! 

========================================================================

IKLAN 





Sambal hitam Pahang  

 RM10 @ 140 gram
RM17 @ 240 gram

Pekasam ikan patin/talapia/lampan temerloh 


RM10/pack 

whatsapp 017.952.1525

2 comments:

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016