GOOGLE Adsense

Wednesday, June 15, 2016

Berbuka Puasa Dikampung : Harus ada Tempoyak Patin

Assalamualaikum..


Pejam celik hari ni dah masuk puasa yang ke 10. Cepat je kan masa berlalu.. Last weekend, ciknaa sempat berbuka puasa di kampung, rumah mak ciknaa. Alahai lama nya tak pegi pasar ramadhan kat kampung.. Perasaan semua benda nak beli tapi tak baik membazir.. Haritu kitorang bertolak pun dah lambat. Makanya dari KL terus ke param untuk beli juadah berbuka. 


Part yang best kat kampung ni sebab kita kenal sape yang meniaga. InshaaAllah sedap.. Dan memang betul rezeki aritu semua makanan lauk pauk, kuih tersangat sedap *kampung sendiri ofkos sedap* hahaha. 


kesemua lauk yang beli je kat param


Kalau masak sendiri rasanya tak sebanyak ni. Tapi sebab pegi param, semua nak.. haha. Ada yang ciknaa pilih, ada yang mak pilih.

Ketua lauk pada hari itu : tempoyak ikan patin

Gulai Rong Ikan Patin

Kerabu perut

Kerabu pucuk paku


kuih keria & tepung bungkus


Tepung bungkus ni susah nak cari sekarang. Masa ciknaa beli ni pun pusing 1 param baru jumpa. Alhamdulillah lepas mengidam.huhu. dahla gemuk-gemuk isi kuih tu..alahai nikmat sungguh! hehe.




Kesimpulannya, makan kat kampung tersangat nikmat walaupun makanan beli je. Kat KL ni bukan kata semua tak sedap, tapi jarang jumpa yang kena dengan tekak..


Tapi kalau dapat buat lagi uuumppphhh! jimat & nikmat gituu..



2 comments:

  1. Ciknaa pandai masak tempoyak patin???rindu tempoyak patin sorang kawan kak mimah...sodap thorbaik

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016