Tuesday, May 31, 2016

Taman Rama-Rama Melaka

Percutian hujung minggu yang tak dirancang.. Alhamdulillah, anak-anak suka sangat. Sabtu minggu lepas ciknaa & asben bawak anak-anak pegi melaka. Takde plan pape pun.. Jumaat tu tiba-tiba je rasa macam nak keluar dari kl. Godek-godek agoda kejap cari bilik.cewahhhh sejak pandai book masa pegi langkawi aritu, asik nak book bilik ajeh! haha.. 


Gerak dari rumah pun takde awal mana. Sampai melaka dah pukul 1 lebih. Keluar tol terus ke Taman Rama-Rama. Asben cakap baik pegi sini dari zoo.sebab kat sini pun macam-macam ada. Yang penting tak penat sangat nak jalan dalam tu.




TAMAN RAMA-RAMA MELAKA 

Harga Tiket :

Dewasa : RM18
Kanak-kanak (3-12 tahun ) : RM12


Rania FOC sebab umur belum masuk 3 tahun lagi. Ok jimat RM12 disitu. 




Apa yang ada kat sini? Ciknaa kan memang ingat ada rama-rama jela. Masa sampai baru tau berjenis-jenis binatang ado! ada rama-rama (ofkoslah) ular, buaya, lipas, ikan, kura-kura, burung, ikan pirana, penyu pun ada. eh macam-macam la sampai tak ingat nak taip.





Beli makanan ikan sepaket, kemain suka bebudak ni bagi ikan makan.


video


Lepas tu dapat tengok buaya.. eh kat sini pun dah bermacam jenis buaya. Tak pegi taman buaya pun dah ok dah.. berbaloi sangat..



video



ni kereta lembu ke ape ciknaa pun tak tau..rania sibuk nak naik.. merasalah duduk situ kejap.







Kitorang dalam taman rama-rama ni tak lama dalam sejam setengah je. Lepas tu check in hotel dulu. Next ciknaa share pasal menara tamingsari & Hotel Seri Malaysia Melaka pulak okey.. bai~



4 comments:

  1. Akk ms g melaka xpegi jalan mana pun..smpt g coconut shake klebang tu je...sbb jalan ya hampun.. .jammmed truk

    ReplyDelete
  2. Best short vacay macam ni kan...unplanned vacation ;)

    ReplyDelete
  3. Selain tak penat Taman Rama-Rama tak berbau busuk:)

    ReplyDelete
  4. tringin nk g melaka... bila lah nk smpai..pnh pegi msa zaman belajar dulu je.

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016