Friday, May 6, 2016

Resepi Mudah Buat Kek Coklat Moist

hasil tangan MamaRM untuk anak kesayangan :)


Ciknaa suka kek coklat moist..Nak-nak yang kukus punya.. letak topping banyak-banyak pergh kemain sedap makan..pastu lemak berkumpul hahaha.. Bulan lepas befday afiq ciknaa buat. Senang sangat..


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum / tepung kek (lagi sedap)  ~ X ~
1 cawan serbuk koko ( van houten paling sedap) ~ X ~
1 cawan gula  ~ X ~
1 cawan susu pekat 
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas mendidih 
1 s/b soda bikarbonat  ~ X ~
1 s/b baking powder  ~ X ~
3 biji telur


Masukkan semua bahan yang kering (bertanda X). Masukkan telur, minyak masak, susu pekat & air panas. Ciknaa masak sekejap atas dapur. Tapi tak masak pun takde hal. sedia untuk dikukus.

Kukus selama 45 - 1 jam.
kalau nak bakar pun boleh. suhu untuk bakar kek coklat ni 180' selama 45 minit. 

TIPS!  kek tak bantat ( tak naik) jangan bukak penutup kukus setengah jam pertama. 


Dah siap sejukkan & letak topping coklat.

1/2  cawan  serbuk koko ( van hauten )
1/2  cawan  susu pekat manis
1/2 minyak
Optional 1/2 susu cair ( lebih sedap! )


hasil sebelum deco


p/s: bukan tak mampu nak beli. tapi lebih suka buat sendiri.sebab utama ciknaa kurang suka krim yang banyak sangat pewarna tu.. hehe.

4 comments:

  1. Pinjam nak repost kat my blog

    http://blogpetua.blogspot.com

    credit to owner

    ReplyDelete
  2. sedap ni ciknaa...untung RM dapat mama yg superMama..!

    ReplyDelete
  3. fuhh sedapnya . taktahan tengok choc atas tu

    ReplyDelete
  4. cantiknya....
    caranya sgt mudah

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016