Wednesday, May 11, 2016

Repair Sofa Lama

Ciknaa ada plan nak beli sofa baru sebab sofa lama kat rumah tu dah rosak.. Tempat duduk dah 'jatuh' kulit sofa tu pun dah koyak.. Tapi terfikir kalau repair boleh guna lagi ni sebab selain dari tempat duduk tu memang tiptop lagi sebenarnya.. sayangnya nak buang. *dasar* 

Kat gombak ni banyak kedai repair sofa. Tapi ciknaa tak sempat nak singgah, cari jela kat facebook, survey harga pastu deal & budak tu datang rumah untuk check kerosakan sofa tu. Tak mahal pun ciknaa kena RM350. free penghantaran sofa dari kedai ke rumah. Murah kan? kalau beli baru tak kurang dari 1k harga nya. Alhamdulillah..dapat lagi berjimat untuk benda yang masih boleh digunakan.


SEBELUM :
buruk sangat rupanya. nak duduk memang tak selesa

SELEPAS :
cantik la sikit mata memandang

Hasil kerja bagi ciknaa takla 100% memuaskan hati. Tapi dengan harga tu ciknaa rasa sangat berbaloi-baloi. Bahagian tepi sofa tu memang tak boleh tukar katanya sebab kena bukak semua sekali.So nanti ciknaa akan letak bantal or something untuk cover kekurangan kat situ.. Part paling best sebab corak dia memang sebijik sama dengan warna asal sofa tu. dan span sofa tu tersangat padat & tebal. kalah yang asal. terbaiklah..


so yang berminat boleh search FB : Baik pulih sofa dan baiki perabot.


Part kurang sikit janji 2 minggu dah siap tapi ciknaa dapat sofa ni lepas 3 bulan.tu pun lepas dah mintak refund duit.huhu.


p/s: banyak cara nak berjimat. nak dengan taknak je.. bai ~ :)

8 comments:

  1. 3bulan...lamanya cikna..
    Tp xpela..dh elok sofa cikna..kan

    ReplyDelete
  2. Wahh.. jimat banyak ciknaa. Selagi blh jimat.

    ReplyDelete
  3. Kena ugut baru nk buat kerja??tk patut sungguh...

    ReplyDelete
  4. mmg berbaloi sgt cikna. slmat duit kan. leh simpan buat gi jenjalan..

    ReplyDelete
  5. mahal jugak ye cikna. sofa umah emi di sabah pun tukar semua set kerusi 3,2,1 tukar kepada kain vantage bunge2..total rm850 je siap kos pengambilan & penghantaran..

    ReplyDelete
  6. Bagus! dah jimat dan nampak baru pun:)

    ReplyDelete
  7. berbaloi-baloi...
    zmn skarang..slagi blh guna kita guna..
    dh jimat ni

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016