Friday, May 20, 2016

Cendol Durian Gombak

Kat facebook viral pasal cendol durian area shah alam sana kan? Nak ke shah alam semata nak makan cendol durian tu memang tak gigih la ciknaa hehe. Tapi kan nak jugak share kat gombak ni ada sebenarnya..Sedap. Tapi takde la durian yang seketul tu.. Tapi rasa memang terbaik!


ciknaa punya - cendol durian jagung

encik sepul punya - cendol special




kat sini bukan setakat cendol durian je., cendol pulut, labu, keladi pun ada. Untuk cendol special tu semua campur.. tapi ciknaa kurang sikit..lebih sedap cendol durian add on jagung..meletup kebaboom rasa dia.. 


oh 1 lagi, sebelah kedai cendol ni ada kedai fav ciknaa. nasi ayam kasturi.bukan macam nasi ayam biasa. rasa teramat sedap! ayam tu ala-ala ayam percik sikit. tambah dengan sambal merah cili tu.. adoii sedapnya..ciknaa pernah order banyak kali jugak untuk jamuan ofis..


nasi ayam kasturi RM6.50 je.

terliur tak? hehe. nilah antara tempat yang ciknaa suka pegi makan. air tangan mak-mak sangat. mana nak pegi? kedai ni dekat batu 7 jalan gombak.  boleh parking dekat dengan bus stop tepi jalan tu.

Kedai kopi Sri Al-Huda
Batu 7 jalan gombak 

- landmark : berdekatan dengan masjid simpang 3 greenwood tu. kalau dari greenwood belok ke kiri menghala ke uia, dari masjid tu dalam 100 km je -


- review ikhlas dari ciknaa -

5 comments:

  1. wahh.. sedapnya ciknaa.. telan ailio tengok cendol durian tu.. ciknaa, landmark yg cikna bg tu 100m ke 100km dr masjid? jauh nau 100km tu.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Tak tahan tengok nasi ayam kasturi tu! laparrrrrr

    ReplyDelete
  3. Akk suka sgt cendol..nti blh rujuk entry cikna ni...sbb akk suka durian

    ReplyDelete
  4. apsal akak tak tau pon tmpt ni cikna???

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016