GOOGLE Adsense

Wednesday, April 20, 2016

Treadmill Murah : Foldable and Compact Electric Motorised Treadmill



Yeay.. Akhirnya berjaya jugak ciknaa dapatkan treadmill sendiri. Tupun jenuh gosok lengan suami suruh beli,. Akhirnya semalam kitorang pegi COD kat sungai buloh. Ciknaa share la sikit pasal treadmill ni. Treadmill ada macam- macam jenis kat pasaran.. Tapi untuk ciknaa memang taknak yang mahal tu. Sebab memang tak mampu, pastu rumah pun sempit. Yang ni sederhana besar. Boleh lipat simpan bawah katil. 

Berapa harganya? kat Lazada ciknaa nampak RM620/RM650. Postage tak pasti berapa sebab ada yang charge dalam RM45. Kat lelong pulak ciknaa tengok minggu lepas RM520. Minggu ni tengok nak beli dah naik pulak jadi RM610. Tapi sebab tak sabar ciknaa ajak suami pegi sungai buloh COD je. Sampai tempat tu dapat RM580. Bolehlah.. Test kejap bayar terus bawak balik.

Best ke?

Bolehla buat badan ciknaa yang penuh lemak ni berpeluh-peluh sampai tahap baju tu basah. Lari 15 minit pun dah berpeluh! Memang best sangat..Berbaloi la bagi ciknaa beli treadmill ni. Lagi satu treadmill ni guna elektrik yer..so takla bahayakan kaki nak push treadmill tu.


Rania guna treadmill pink mama


Masalah lain bila ada nya treadmill ni ofkos lah anak-anak sibuk jugak nak cuba. Orang lain takde, rania tu.. Kalau payah sangat ciknaa guna speed paling laju, so dia tak boleh control diri terus taknak naik..hahaha..


So kalau nak beli sama mcm ciknaa boleh usha kat sini : Lelong.com .my


p/s: Beli treadmill memang niat nak turunkan berat badan..Dapat 10kilo pun alhamdulillah..Tapi kalau slim, tu bonus! Janji kesihatan kena jaga..umur pun dah nak masuk 30 tahun depan ^^

13 comments:

  1. Ehh ciknaa, baru perasan yg kita sebaya sebenarnya, hehe..! Pon anak 2.. Pon mok2 sesame #ehhh, haha..! Bestkan ade GYM kat rumah, yien pon baru beli cross trainer aritu http://pinkvelvet-07.blogspot.my/2016/03/misi-menurunkan-berat-badan-bermula-p.html .. Jom turun berat badan sesame sblm ngandung lagi :P

    ReplyDelete
  2. hehehehehhee semoga terus terus terussssss slim tau ciknaa.

    ReplyDelete
  3. menarik nya ciknaa, color pink pulak tu lagi bertambah semangat nak exercise :)

    ReplyDelete
  4. Hahahahah btol ciknaa. Set laju baru die x nak naik. Lari die. Takut heheeheh. Go go go ciknaaa

    ReplyDelete
  5. cayalah cikna...u can do it! i support dr jauh..hehe

    ReplyDelete
  6. salam ukhuwah cik naa, comel lak treadmill kaler pink giteww... bestlah boleh slim cepat nampaknya :)

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, alangkah bahagia-nya kalau rumah saya ada benda alah ni. Huhuhu. !

    ReplyDelete
  8. Gambatte cik naaa!
    Fuhhh kalau aina dapat treadmill pinkish ni mau melekat je keja nya... hahaha. Da la kaler peberet, bertambah semangat rasa nk exercise. Hihihi...=)

    ReplyDelete
  9. gogogoogo cikna...cun warna fink tu

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa..slamat mgunakannya & slamat membakar lemak..

    ReplyDelete
  11. selamat ber-workout. cantikkkk sangat

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016