Thursday, April 14, 2016

Family Day GBSB | Day 2 : Aktiviti Sukaneka @ Family Day [Part 2]

bersambung dari entry semalam AKTIVITI SUKANEKA PART 1 ada 2 lagi games untuk anak-anak. yang bestnya games ni untuk anak bawah 2 tahun.. Afiq & Rania tak termasuk dalam games ni. huhu.


4. Mokcun Lesen L / P

Ciknaa tak tau la kenapa nama mokcun dalam games ni. Tapi anak-anak perlu berlari @ merangkak ke arah mak masing-masing. Lesen L tu untuk baby yang belum pandai jalan. Lesen P pulak bawah 2 tahun ofkos dah pandai berjalan/berlari.



Lesen L








hahaha.. memang kelakar.nak-nak si ammara tu. siap landing nak tido gamaknya.. aduhai anak-anak!


Lesen P



safir ni memang tersengeh sepanjang larian tu..comey!

5. Jiwa Kental

Games ni pun untuk anak-anak bawah 1 tahun. Duduk ramai-ramai atas tikar, then asben rara pakai topeng. Pastu usik-usik bebudak ni. Memula takde orang pun takut.. Lepas tu lan makin dekat, tenung sorang-sorang start nak nangis.. ok nangis atau tinggalkan tikar tu dikira kalah lah.. 


inilah dia pengacau sebenar..huhu.





inilah dia pemenang jiwa kental kita! haipppp adree!

nilah pemenang itu..pegang hadiah pun muka kental beb! haha


========================================================================


Games Suami Isteri

Permaidani Ajaib


Games ni tak silap ciknaa idea dari Erina. Ciknaa dengan asben tak join pun games ni sebab RM dah start tunjuk perangai.. Jadinya ciknaa jadi pemerhati jelah games ni. Comel gila tau sebab pasangan kena duduk atas 1 kertas yang dinamakan permaidani ajaib. Mula-mula ok lah..semua lambat je nak kalah, lepas tu round ke 2, kertas yang kecik tu dilipat 2. cer bayangkan macamana keadaannya? hahaha..






Pemenangnya tak lain tak bukan..aksi rare sangat tau! haha


========================================================================

Games Superdad

Suamiku Pocong

Games suamiku pocong ni idea ciknaa.. Ntah macamana boleh dapat idea ni pun taktau. Yang pasti memang best gile! Tak sangka bapak-bapak ni semua lari laju walaupun kaki dorang kena ikat.. memang superdad lah!

lompat! lompat! hahaha
macam-macam rupa ada! 





pemenang tempat pertama..aidil. dialah pocong paling laju setakat ini..ehehe.

Papa RM tak berjaya game ni. Balik aritu dia cakap, alah lari kedepan ape challenge nya..cer ikat kaki lari lompat ke belakang..baru syok! eleh awak dah kalah bang, toksah cakap banyak hahaha..

===============================================================


Games Supermom

Games mak-mak asalnya ada 1 je. Tapi ntah macamana 1 lagi games bapak-bapak tu ditukarkan jadi games mak.


1. Kotak Beracun

Games ni wajib setiap tahun. Tahun lepas ciknaa tak kena. Tapi macam rugi lah sebab tak menang hadiah kan.. Ingatkan tahun nak dapat. Memang dapat, sebab last sekali memang ciknaa yang kena. Phew!











last sekali ciknaa yang kena!

Buka je kertas ternganga kejap.. ' pergi kepada pasangan anda, dan katakan kepadanya I LOVE U'

Ko rase? ya Allah..dorang ni kemain lagi bersorak tau.. ciknaa pun pegi lah.. dah kata admin, takkan tak sahut cabaran kan?


Orang suruh cakap i love u je. Daku terlebih mithali, siap salam & cium tangan laki weh baru cakap i love u. pakej plak cium pipi suami..wakakaka! lepas tu air mata pun mengalir.cuma pakai spek orang tak perasan..huhu. Mekasih rara, buat games ni. adoii la.


2. Tiup & Pecahkan Belon

Kacang je game 1 ni.. Ala apa yang susah, tiup, pastu ikat, dudukkan. Pecahlah nanti belon tu.. Tapi ko tau, masa ciknaa baru nak ikat belon, dah ramai yang pecah belonnya. Ciskek betul! korang tiup pakai mulut ke mesin.. hahaha..





nak tiup belon pun sempat ambik gambar lagi..pantang tengok camera! huhu.



bersungguh muka aznor nak ikat..kahkahkah..
tahniah pemenang :)

Alhamdulillah, tahun ni ciknaa dapat banyak jugak hadiah..Goodies jangan cakapla memang banyak!
kesemua barang bawak balik dari morib.. banyak!

hadiah tukar-tukar, ciknaa dapat mimie punya..besar~! mekasih byk mimie..


Mekasih semua yang bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan sehingga selesainya FAMILY FUN DAY GBSB 2016! Terima kasih pada AJK penginapan, yatie, my,  kayrul, aznor, AJK games rara, AJK hadiah, ros anis. MC pada hari tu mimi, AJK baju, leenda, terima kasih jugak kepada semua ahli-ahli gojes yang sudi join sue, ekin, fizah, eira, mimie, nadt,zila, lin. Tak lupa jugak pada yang sanggup datang dari luar KL, jasmin-muar, anez-ipoh. korang memang sporting..last sekali untuk mai, walaupun last minute tak dapat join, kitorang tetap ingat tau! mekasih banyak2 korang..


semoga tahun depan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dapat kita buat lagi family day untuk 2017! tapi takmo 1 malam..tak puas.. hehe.




8 comments:

  1. Sporting semua laki bini..baru best gini..cayalah

    ReplyDelete
  2. Hahahaah sempat lagi epul ckp x best ye. Padahal die kalah tu hahaaha

    ReplyDelete
  3. Kuangasam ciknaa..bersungguh nk ikat tau!

    ReplyDelete
  4. Tahniah ciknaa. Best nya bila aktiviti melibatkan dari anak smp mak bapak. Thums up.

    ReplyDelete
  5. mak aihh yg kena main dukung dukung tu. seram kalau tergolek T-T seronok kan buat family day ni , berkumpul reramai sesekali

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016