Monday, March 7, 2016

Proses Beli Rumah & Kos Guaman

Assalamualaikum..


Lamanya tak bukak blog.. rupanya ramai yang komen dalam entry lepas  REZEKI 2016 : RUMAH SENDIRI.. terima kasih readers! pastu tak sangka pulak ciknaa ada yang email, tanya proses beli rumah, macamana ciknaa dapat rumah landed harga murah camtu..Allahuakhbar.. ok maaf pada yang tertunggu entry ni..kali ni ciknaa cerita pengalaman beli rumah sendiri. Boleh dikatakan proses beli rumah ni dari A-Z ciknaa yang buat sendiri. Husband dah serahkan pada ciknaa bulat-bulat.. (dalam segala hal pun sebenarnya, hihi) 


Beli rumah ni bukan macam kita beli baju, nampak cantik, agak-agak size muat terus beli..tak..bukan camtu.. kitorang ni ambik masa 6 bulan jugak sebenarnya memilih rumah yang betul-betul memenuhi kehendak, keperluan dan kemampuan sendiri.. ok, ciknaa cerita apa yang kitorang nak. Rumah tu mesti kena dengan citarasa.. bukan rumah baru pun takpe, tapi cantik..saiz rumah selesa bagi kitorang 4 beranak ni, dekat dengan sekolah (senang RM nak masuk sekolah rendah lagi 3 tahun), freehold (hak milik kekal), dan kalau boleh beli terus dengan owner.. bukan dengan ejen hartanah atau broker rumah.


Macam ciknaa cerita dalam entry sebelum ni ada 3 rumah yang ciknaa berkenan.. 2 rumah tu paling dekat dengan tempat keje. tapi husband taknak sebab leasehold (pajakan). kedua area situ takde sekolah lagi setakat harini.. so, tinggallah 1 pilihan je. dalam mudah.my rumah tu owner letak RM145k.tapi bila call harga dah jadi RM165k. salah tulis katanya.. hm, takpelah, as long harga tu masih lagi di bawah budget kami suami isteri. 


Deal dengan owner rumah, kami pun datang tengok rumah tu.. sebenarnya dah bawak duit booking sekali. kalau setuju, ciknaa terus bayar je. Bila sampai je depan rumah, hati memang dah jatuh hati. suasana taman kat situ tak bising sangat, lepas tu bila petang, panas matahari dari arah belakang rumah.. eh tatau nak cerita macamana, memang dah suka lah huhu. Masuk rumah, alhamdulillah rumah tu takde apa-apa yang kurang..sebab owner dah siap cat 1 rumah & pasang tile untuk semua bilik. 


Dah suka terus bincang dengan owner nak sign SNP terus dengan lawyer.. TIPS : BAYAR BOOKING FEE RUMAH DI PEJABAT LAWYER. ok ni penting. owner biasa la dia nak senang je kan.tapi ciknaa ni jenis yang berjaga-jaga.sebab bila google, macam-macam cerita ada. bukan senang nak cari duit kan..Alhamdulillah bahagian kitorang,  dapat owner yang baik & boleh dibawak berbincang... dia boleh tunggu 10% lepas duit kwsp keluar. Jadinya, booking fee kitorang cuma bayar 1% je dari harga rumah. Lawyer SNP pulak ciknaa bayar RM1k untuk bukak file.. total abis mula-mula dalam RM3k.


Bermulalah proses beli rumah & tukar nama. Lepas SNP siap, ciknaa submit ke bank. Company ada 4 panel islamic bank sahaja sebab layak dapat subsidi.tapi dari 4 bank tu hanya 1 bank yang lulus, bank muamalat.. tapi kawan-kawan ciknaa kebanyakan nya memang ambik bank muamalat.. senang nak lulus kot.. 


Bila dah lulus, bank panggil sign agreement. Loan rumah ni dapat tahu lulus kejap je. dalam masa seminggu dorang akan call inform.cuma nak sign agreement tu yg lambat sikit. sebab bank nak value dulu rumah tu dulu.  Dapat je offer letter tu terus boleh submit & keluarkan duit akaun 2 KWSP. macam ciknaa & husband, keluarkan semua yang ada dalam tu.sebab kos yang nak digunakan memang tersangat banyak.. tak dapat lebihan pun nak renovate rumah..huhu.sedih!


Kos yang perlu kitorang tanggung adalah :

 # LEGAL FEE BANK : RM4K (bank muamalat memang tak boleh masuk dalam loan)
# LEGAL FEE (SNP ) : RM5300 (agak mahal sebab 2016 takde lagi potongan 50% stem duti untuk rumah pertama)
# VALUATION RUMAH : RM800.00
10% RUMAH DIBAYAR KEPADA OWNER (sebab loan cuma bagi 90% je )  : +- RM16k


Bila tengok semua kos ni memang nak nangis..tapi berbaloi duit KWSP yang kita simpan bertahun-tahun tu akhirnya digunakan untuk kos beli rumah.. kalau nak simpan sendiri? hurm..paham-paham jelah kan..hihi.

So sekarang ni semua dah setel tinggal tunggu lawyer panggil untuk penukaran nama rumah tu je lagi. ada apa-apa nak tanya? sementara ciknaa tengah ingat..hehe. apa-apa pun macam ciknaa pernah cakap, kitorang beli rumah ni tak susah & takla senang sangat.. ada jugak la dugaan tu datang, sampai rasa macam malas dah nak beli rumah..tapi istifar balik, Allah dah bagi rezeki, tinggal kita je nak usahakan supaya jadi milik kita.. 


ok berangan sekejap. gambar ni ciknaa ambik dekat group fb deco. rumah akak ni sangat2 memberi inspirasi..cantik kan sudut ni ^^ 
ni pun jadi idaman ciknaa..table top & kitchen kabinet simple je. suka! tQ owner gambar.. (pun dari group deco fb)
now, tengah survey kitchen kabinet pulak.. berangan jugak nak hitam & putih! kaler sepanjang zaman katakan. huhu.. doakan ciknaa yer korang.. mekasih baca :)







10 comments:

  1. alhamdulillah seronok kn dpt beli rmh sendiri? pastu mesti rs syg gila dgn rmh tu..ada sentimental value..kan kan...hehe tahniah cikna! ^_^

    ReplyDelete
  2. Wahh..akk baca akk yg teruja tau cikna...all the best tau..nti jgn lupa jmput kami bila bt makan2 atau open house even jauh...hahahaha

    ReplyDelete
  3. cikna...entry yang ditunggu-tunggu...thanks. jasmin pon tgah ursha rumah gak nie...

    ReplyDelete
  4. Tahniah ciknaa!!! Entry yg ohsemm.😍

    ReplyDelete
  5. Tahniah ciknaa.... bestnya la hai... :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.... kite pon dalam proses nak beli rumah. dgn adenye n3 sgtlah membantu.

    ReplyDelete
  7. Syukur alhamdulillah hajat dah tercapai CikNaa
    Kalau kakak beli biasa utk tukar nama dalam geran ke Pejabat Tanah akan ambil masa sampai setahun juga CikNaa. Jadi dlm setahun lebih kurang nama rumah yg kita beli masih nama owner lama. Just based in the SNP aje ada nama kita. Tapi dont worry dlm setahun gitulah biasa akan setel. Itu tempat kakaklah. Tak tahulah disana..

    ReplyDelete
  8. wahhh..bestnye..thanks ciknaa share proses2 nie..hihihi..ila pun dalam proses juga nie..doa2kan ila eh...

    ReplyDelete
  9. ciknaa kalau nak buat kaler gelap.. jangan lupa buat lighting warm.. eeaaahh bukan.. sebelum pindah terus buat plaster ceiling jer kalau ciknaa bercadang dan ada bajet tuk tu... jgn jadi macam aty buat dah lama pindah..haruuuuuu sangat rumah...heheh..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..tahniah..
    faham sgt perasaan tu..sy pon bru msk rmh bru.. bru je bebrapa bln duudk..eksited sgt nk deko2.. tp kna buat slow2..ikut budget...

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016