Friday, March 25, 2016

Langkawi : Day 2 | 6D Cinemotion & Sky Cab

Ni antara wishlish terbesar ciknaa untuk tahun 2016. Alhamdulillah.. Allah beri kesempatan.. hehe. Maka pagi-pagi bangun, sarapan cepat-cepat terus pegi.. Kalau tanya ciknaa lokasi memang tak tau. yang pasti waze taip je SKY CAB LANGKAWI inshaaAllah sampai lah tempat yang dituju. kitorang sampai & park kereta tepat 9 pagi. rupanya dah ramai beratur beli tiket. 9.15 start beli tiket, pukul10 pagi dipanggil untuk beratur. beratur tau, bukan naik lagi! hahaha.. 


Disebabkan musim cuti sekolah,kitorang dapat naik gondola cepat sebab couple.. diorang panggil yang takde anak ni naik dulu sebab nak cukupkan kuota 6 orang dewasa untuk 1 gondola.Tapi beratur pun rasa nya pukul11 jugak dapat naik..bertabahlah.. so part ni ciknaa bersyukur sangat tak bawak anak, sebab masa ni bebudak sebaya RM dah mula gelisah..panas sangat kat sana.. kesian tau..





Betapa ramai nya orang masing-masing beratur nak beli tiket. 



Selain nak naik sky cab je, korang boleh pilih jugak untuk ambik pakej camni. kitorang ambik skycab + 6D cinemotion tu. RM42 untuk dewasa. 

Harga untuk skycab :

dewasa : RM30
kanak-kanak : RM22 
(dengan mykad & mykid)





Apa yang best dengan cinemotion ni?

Ciknaa festime cuba mende ni. memang tak tau pape.. Masuk ala-ala tengok wayang tu, pakai spek mata. pastu pakai sealbelt. Best! Real sangat macam betul-betul naik keretapi.. siap basah sembur air kat kaki lagi. Bagi ciknaa 5 bintang! sebab tak pening sangat.. budak-budak pun sesuai.. tak terlalu heavy la.

Lepas tu nak menunggu dorang panggil punya la lama.. haihh.. Nasib la awok pegi time cuti sekolah..huhu.





Sebelum ni ciknaa pernah naik cable car kat genting tu..rasanya lagi gayat yang tu kot sebab kat bawah cuma nampak pokok dengan hutan aje.. cable car langkawi cantek! nampak pulau.. syok! 
















Terus terang masa ciknaa naik cable car cuaca tersangat panas.. air memang tak boleh bawak naik. kena beli kat atas.. Tapi walaupun panas, angin dia sejuk.. dalam gondala lagi dah dapat rasa angin tu sejuk best je.. Pengalaman ciknaa naik kali ni takde gayat langsung.. gondola berhenti pun takde.. 


Lain tahun kite pegi lagi. tapi asben takmo naik dah.. Bila tanya, dia tak jawab..ok fine! gayat lettew.. ahahaha..



4 comments:

  1. Akk xnaik...tp next time pegi nak cubala

    ReplyDelete
  2. time ct sekolah mmg ramai org..cantik sgt2 pic..bestnyer..hrp nnti dpt smpai jgk ke sini

    ReplyDelete
  3. bestnye ciknaa! iols belum berkesempatan lg nak menjejak langkawi... hewhew

    ReplyDelete
  4. bestla blog cik naa ni... ble buat reference... simple tp padat dgn info... tq cik naa

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016