GOOGLE Adsense

Thursday, March 24, 2016

Langkawi : Chenang Inn, Pantai Cenang.



1st sekali orang tanya tak bawak anak-anak ke? Yes! memang ciknaa tak bawak anak-anak. pastu ada lagi yang berbunyi..eh anak dah 2, ada hati nak honeymoon. ok ni pendapat ciknaa la ehh. kita ni even dah ada sepuluh anak, lima belas cucu sekali pun, masa dengan suami tu sangat penting. kitorang dah lama pikir nak pegi bercuti berdua.tapi masalah utama rania tak pernah tinggal. malam dia akan cari mama.sampai lah sekarang umur dia dah dua tahun setengah, ciknaa beranikan diri tinggal dia dengan mak kat kampung. Alhamdulillah dia ok. 


And, berbalik pada honeymoon tu tadi. tidakla honeymoon sangat sebenarnya.Tapi more to spend time together. Asben ciknaa kerja bukan office hour. dia pulak selalu out station kadang-kadang 2 minggu takde kat rumah. ciknaa sendiri pun kerja.weekend pun tak jumpa suami, sebab tu penting spend time macam ni. cuma kitorang ambik masa lebih sikit, dan jauh sikit.. mungkin ada rezeki lebih kali ni..alhamdulillah..

tu baru mukadimah..hahaks~! ^^

========================================================================


Alhamdulillah 1 lagi wishlish 2016 dah termakbul.. ingat lagi entry langkawi, Mu tunggu aku datang, akhirnya tercapai jugak. kitorang dah jejak bumi langkawi, yeay! 13-15 mac aritu ciknaa ke langkawi dengan suami tercinta.. ^^ kitorang naik flight RAYANI AIR pukul 1.10 petang. sampai langkawi lebih kurang pukul3 sebab flight delay 40 minit. nanti ciknaa akan review sikit pasal rayani air ni.





Kitorang pegi holiday ni time cuti sekolah.. tengoklah betapa ramainya orang kat KLIA2 tu..pergh.. tapi anak takde sofar ok la.kalau tak kesian anak-anak bersesak ramai camni..heh..




flight delay.. kita fefeeling masa bercinta lah kekdahnya..huhu.


======================================================================



Ramai yang cakap nak stay tempat happening, book hotel kat pantai cenang.. Memandangkan sebelum ni ciknaa memang stay kat Pekan Kuah, kali ni book dekat tepi pantai pulak.. Tapi bukan betul-betul tepi pantai pun sebenarnya.. Ciknaa booking hotel dengan Agoda. Dapat RM300 untuk 2 malam termasuk tax.. murah kot. Sebabnya meh nak cite..

Ni antara chalet yang murah dekat pantai cenang. Kalau nak hotel biasa pun banyak je sebenarnya. Kena cari la. Sampai sana, berpinar mata tengok banyak gila hotel sepanjang jalan kat area cenang tu.







Bilik takla besar
mana, tapi selesa la untuk 2 orang. ekceli tempat ni agak baru jugak ciknaa rasa. sebab masa kitorang datang, dorang tengah tambah lagi beberapa bilik baru. 










Review Chenang Inn :

 *Agak jauh dari pantai cenang, langkawi.
* Bilik memang 99.9 % bersih
* Complete ada berus gigi, sabun mandi, shower gel & ubat gigi.
* Sunyi walaupun bilik full. memang best untuk orang honeymoon.
* Staff sangat friedly.. so far sentiasa ada orang kat kaunter.
* Ciknaa request iron, takde charge pun..


=======================================================================


1st time ciknaa book hotel dengan Agoda. Book je dulu bayar kemudian.Tapi dah dekat tarikh ciknaa call Agoda untuk buat full payment. Lepas tu call Chenang Inn, nama dah ada kat sana..


5 comments:

  1. berpatutan dengan harga hotel tu, walaupun kecik tapi lengkap dengan semua kemudahan dan yang paling penting bersih :)

    ReplyDelete
  2. Murahla cikna..akk dok kuah sana..nx time akk dtg blhla duduk cenang plak

    ReplyDelete
  3. Kalau utk CikNaa yg anak masih comel-comel memang ok sangatlah pada kakak
    Lagi pun bukan nak duduk lama-lama, just utk tidur aje pun.

    ReplyDelete
  4. ok la tu harga nye..nampak pon selesa dan bersih

    ReplyDelete

nasi lemak ikan kerisi,
nanti singgah komen la lagi (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016