Monday, December 7, 2015

Berbekal ke Pejabat?

Assalamualaikum..

Sebenarnya minggu ni masuk minggu ke-2 dah ciknaa berbekal ke ofis. Serius, Rasa Nikmat & Jimat sangat.. kenapa tetiba je bawak bekal? Meh nak cite.. Makin hari makin rasa tak sedap makanan kat cafe tu.. dahtu pulak sekarang harga macam mahal semacam.. Banyak kali jugak la perasan, harga student murah, tapi kite yang staff ni harga ada 'up' sikit.. oh man.. ok, selain tu yang buat ciknaa rasa nak masak sendiri sebab 2 kali terjumpa ada benda jijik dalam makanan yang ciknaa beli. sekali tu terjumpa besi basuh pinggan dalam meehun. pergh! terus rasa nak muntah.. mati terus selera walaupun meehun tu rasa dia boleh tahan sedap.. hm! kali ke-2 pulak terjumpa macam siput kecik dalam sayur kailan goreng.. ko rasa? sejak haritu ciknaa dah macam erkkk.. tolong la dorang yang masak ni.agaknya tak basuh terus masak agaknya.. yarkkkk!!!


So, cakap dengan asben nak masak la bawak bekal pegi keje. Dia ok je support je semangat isteri dia yang sekarang tengah berkobar-kobar rajin ni kan.. esok-esok lusa wallahualam la..hihihi. Style ciknaa masak malam sebelum tidur..masak lauk & nasi sekali. Esok pagi-pagi panaskan sikit pastu masukkan dalam tupperware. Ada orang gigih bangun pagi masak kan, ciknaa jenis yang sayang tidur.. wakaka.. liat sungguh la nak bangun pepagi.. sorry! huhu.


Mehla nak share sikit antara bekal yang ciknaa dah bawak pegi ofis minggu lepas & harini..


nasi & ayam kentang masak blackpaper

Nasi & ayam masak merah

Menu harini : nasi, masak lemak udang, ayam merah, sambal hitam.

Set hijau mak..BFF tau sekarang ni :)

Kesannya bila berbekal pegi keje :

# jimat masa. tak perlu terkejar pegi cafe, berebut nak pilih meja, Q nak beli makanan
# Jimat giler! sekor ayam boleh masak 4 kali untuk 3 orang makan.. 
# nikmat.. tak kata sedap, tapi masak sendiri memang puas makan.
# kompem tak kotor, sebab sendiri  masak, sendiri tau..
# buat laki gems lagi.sebab bangun pagi dia terus makan nasik..haha

Harap sangat semangat berbekal ciknaa ni sampai bebila.. sebab mood mamaRM ni kadang hangat2 taik hayam je..huhu..


p/s: dah jimat, boleh kumpul duit nak pindah tahun depan.. doakan ciknaa yer..

10 comments:

  1. Betul sis..jimat sangat...bagus..amalkan secara berterusan.caiyok!!!

    ReplyDelete
  2. sep sikit ciknaa..sama la..malas nak beli kat luar sebab harga luar biasa mahal dan cekik darah..masak sendiri lagi jimat berganda tue

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. Bagus jugaq idea ni ciknaa.. Tapi daku malas melampau.. So lunch mmg x makan sbb pagi b'fast heavy.. Balik pukul 5 terus lari masuk dapo, masak :')

    ReplyDelete
  4. Best kan ciknaa....macam julia suka makan bekal yang panas...tu sebab fungsi periuk doraemon tu julia sayang sangat, rajin ciknaa teruskan ye

    ReplyDelete
  5. ok, terliur plak tgk bekal ciknaa.kelaparannn

    ReplyDelete
  6. Caiyokkk Cik Naa..;) mmg puas klu masak sendiri kan..kalau beli gitu laa, kebersihan tu part paling sensitif..hehee

    ReplyDelete
  7. yup mmg jimat...dulu rjn gak bwk bekal g ofis...tapau nasi panas je kat cafe.... confirm pindah ke cikna?

    ReplyDelete
  8. 1st bagusnya, 2nd rajinnya..3rd kalau saya kerja dengan awak mesti terliur dah tengok awak bekal hari2..yummy

    ReplyDelete
  9. seriusly mmg jimat,,,emi pun bawak bekal...cuma kekadang je xsempat nak beerbekal..kipidap tau... :)

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016