GOOGLE Adsense

Monday, October 5, 2015

Tips Potty Train



Alhamdulillah.. Afiq dah genap 3 tahun 6 bulan semalam.. Dia dah tak pakai pempes.. kecuali malam & keluar jalan.. berjaya jugak akhirnya.. lega sangat, sebab sekarang ni memang ciknaa dapat rasa betapa banyaknya penjimatan disitu... rugi plak ajar lambat.. hahaha..

Tips potty train afiq :

1. Ciknaa mulakan pagi je dulu..ofkos weekend baru boleh buat.. bangun pagi, mandikan dia.. pastu start tak pakai pempes sampai tengahari..then pakai balik bila dia nak tidur.

2. Sebelum start, mama dia ni bebel dulu.. 'afiq dah besar, dah tak boleh pakai pempes lagi.. kena kencing, beyak kat toilet tau.. boleh? kalau nak kencing cakap kat mama tau.. kencing kat mana? kat toilet!' ulang la 100 kali.. huhu..

3. Setiap setengah jam bawak dia pegi bilik air..kencing.. lepas tu sejam sekali.. dia nak ke tak nak ke bawak je.. afiq kerap jugak la terkencing.. memula masa dia tengah ralit main..lepas tu tak sempat bukak seluar, terkencing depan pintu bilik air.. tapi ciknaa salu marah jugak la.. sambil tu acah-acah nak jentik bebird dia.. huhu. so dia sendiri akan tau..pastu dia cakap tak boleh kencing kat sini nanti mama cubit bebird.. gittew~! faham pun..

4. Sebelum tidur tengahari, suruh dia kencing dulu..pastu pesan, nak kencing bangun tau.. afiq tak pakai pempes.. so far dia tengah tidur pun dia kejut ciknaa cakap nak kencing.. 


 lama-lama afiq dah pandai kawal sendiri..bila dia rasa nak kencing automatik dia akan bukak seluar pastu berlari pegi toilet.. tapi sampai sekarang ciknaa teman jugak bukakkan lampu bilik air..afiq penakut sikit kalau gelap.sekarang kencing dia dah pandai cuci sendiri.. 

tak silap hampir dua bulan jugak la ciknaa latih dia sampai dia pandai pegi sendiri ke toilet..memang memula tu penat yang amat..nak mengemop lantai nya..papa dia cakap pakai jela pempes senang.tapi sampai bila kan.. duit pempes tu boleh beli susu dia untuk bulan depan.. (hahaha konsep berkira ciknaa) tapi hati memang kena kuat.. pernah jugak la fedap sekejap.. tapi ticer kat nursery pun bantu.. alhamdulillah dah berjaya..lepas ni nak ajar malam pulak.. 


p/s: kejapnya dah besar anak ini..rasa macam baru je lagi beranak, tahun depan dah 4 tahun pun.. haihhhh.. 

5 comments:

  1. good job ciknaa....lega dah sorang dah lepas...tinggal rania pulak kan...hehe

    ReplyDelete
  2. Betul CIkNaa kalau dah free diapers memang boleh jimat banyak. Harga diapers sebulan boleh buat beli barang dapur lebih sebulan kakak rasa. Syukurlah... senang pun senang.

    ReplyDelete
  3. lega kan ciknaa bila dah berjaya potty train anak.. dilah ni x tau la bila nak start train faris tu.. dah la budak tu kuat kencing & berak.. huhu

    ReplyDelete
  4. Tahniah mama double RM...mmg jimat la kan...hope dapat potty train zahraa cepat2 jugak huhu

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016