Thursday, July 9, 2015

Resepi Mudah : Samosa Ayam & Kentang



Weekend lepas ciknaa buat samosa ni..sebenarnya dah lama nak buat, sebab suami suka sangat samosa mama dia..hoho, ciknaa ni kalau dia suka, mood nak buat memang laju..cuma sempat tak sempat jela dengan double RM tu.. barang dah beli seminggu, tapi baru sempat buat ahad baru ni..tu pun sebab buah hati yang 2 orang tu kemain lama tidur tengahari tu..so mama berkungfu kat dapur dari pukul 2 petang semata-mata menu yang satu ini..



Bahan-bahan :

  • 2 biji kentang
  • 4 ketul isi ayam
  • sebijik bawang besar
  • seulas bawang putih
  •  2 sudu serbuk kari
  • sedikit daun sup

Cara :

Tumis bawang putih & bawang besar yang ditumbuk halus.. masukkan kentang yang dipotong dadu & isi ayam.. masukkan serbuk kari, ciknaa tambah 2 cawan air untuk lembutkan kentang tu..bapak la keras weii.. last sekali garam & daun sup.. siap!

lepas tu gulung la dengan kulit popia..biasa la tangan keras ni memang bentuk apa pun tak jadi.. jadi buat jela semua bentuk.. kecik besar, memanjang, segi tiga semua ada.. sabo jela.. tapi takpe, rasa tu yang penting..encek sepul makan sambil cakap 'yang, makan samosa buat sendiri baru puas ek' taknak jugak mengaku sedap tu.. huhuhuhu..ok takpe, isterimu dah senyum bahaya dapat ayam camtu..ngeee..

p/s: bulan puasa ni 1 kuih ni jela yang sempat ciknaa buat.. orang lain kemain macam-macam kuih, bubur, segala dessert.. hebat tau korang..

2 comments:

  1. betul laa apa epul ckp tu cikna. buat sendri lagi best dan puas makan.
    nak gak try laa samosa cikna. akak tak penah buat samosa.

    ReplyDelete
  2. samosa feveret sue juga. bulan puasa x de buat kuih.
    buah-buahan je buat pemanis mulut :)

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016