Tuesday, July 14, 2015

Nasi Lemak Daun Pandan




Hampir seminggu ciknaa berbuka menu ringan-ringan..Semalam sebabkan terlajak tidur, sahur pun tak sempat..makanya menu berbuka ciknaa plan masak menu berat sikit.. lauk dalam peti dah abis.. jadinya nasi lemak jela..mudah & cepat..masak pukul 6, pukul 7 dah siap hidang..stock lada kering, bawang yang dah siap blend memang dah ada dalam peti..sap sap soi la masak..hihi..


resepi asal dari blog daridapurkakyah
tapi ciknaa olah sikit ikut apa yg ada kat dapur..heee..

3 cawan beras
1 kotak kecik santan M&S
6 helai daun pandan (blend dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
bawang & halia *tak masuk sebab takde stock* ngeee..
secubit garam
air ke paras sepatutnya


Sambal tu macam biasa la yer.. tumis lada kering, bawang yg diblend sampai pecah minyak.. semalam ciknaa ada tambah sesudu gula merah, garam, gula.. rgupenya lagi sedap bila letak gula merah tu.. okey, pasni wajib letak.. huhu..

 ciknaa masak lebih semalam bagi sikit kat jiran sebelah..dia demam.. Kot-kot ada selera nengok nasi lemak hijau ciknaa ni kan.. hee.. ok, petang ni last nak masak untuk berbuka..esok dah balik kampung..tak sabar nak makan air tangan mak pulak.. :)

2 comments:

  1. Sedapnya ciknaa... dah lama x makan nasi lemak..

    ReplyDelete
  2. Cantik kalernya tu...nnti nak try jugak la...selalunya ciknad dok buat kaler kuning, nnti kita kasi tukar.

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016