Friday, July 3, 2015

Baju Raya DoubleRM - done


Alhamdulillah.. dah setel baju raya anak-anak ciknaa.. kaler, rahsia.. hihi. kitorang ni jenis takde la cerewet sangat bab baju raya ni..takde tempah bagai.. sempoi aje..mana yang rasa murah, kain ok, memang rembat jela terus.. gittew konsepnya.. 

Sebenarnya ciknaa ada pegi Hari-Hari untuk beli baju melayu afiq dengan papa dia..tapi tahun ni kaler yang ciknaa nak takde pulak.. jalan-jalan sederet kedai kat situ jumpa satu butik.. butik rasa sayang tak silap namanya.. masuk je alahai teruja giler okey.. semua cantik-cantik..ciknaa fokuskan baju 3 beranak termasuk baju papa.. suka sangat sebab dapat kaler & kain jenis yang sama untuk dorang.. takpe mama lain sikit sebab mama special..huhu..


Pegi pun time break tengahari tu..Bebudak tu ciknaa memang tak bawak..saiz baju main agak aje..alhamdulillah ngam-ngam dengan dorang.. lega! afiq tu ciknaa cuma nak cari butang baju melayu & samping je lagi..rania dah setel.. kasut dorang je lagi yang belum beli.. tahun ni macam tahun lepas jugak..sebolehnya ciknaa akan buat persiapan yang paling minimun.. taknak membazir sebab lepas raya lagi banyak nak guna duit kan? nak-nak bebudak ni masih lagi kuat susu & guna pempes.. 

kalau ada rezeki dapat duit raya banyak, inshaaAllah ciknaa nak masukkan dalam akaun asnb..memasing dah ada akaun sendiri dah.. teruja pulak nak raya tahun ni..sebab? ofkos la raya kat pahang kampung ciknaa, yeaayyy! heeee :)


5 comments:

  1. Comelnya rania pakai baju kurung...ngam2 ada saiz diaorang yer...heheee...

    ReplyDelete
  2. amboi2 afiq ngan rania.. cantik nye baju raya dia...

    ReplyDelete
  3. wahhh..bestnya cikna raya kt kg sendiri ek..
    best sangat!

    ReplyDelete
  4. warna apakah itu..
    cntiknya rania berbju kurung
    rania saya belum lagi buat baju kurung
    bagi dress j.. sng musim panas.
    mudah rimas rania sorang ni..
    hihihi

    ReplyDelete
  5. Kt mana kedai ni cikna? Pening cari baju kaler pepel utk yaya....

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016