Tuesday, June 30, 2015

Sepagi Menahan Marah

Pagi tadi macam biasa la ciknaa handle doubleRM sorang-sorang..papa diorang memang keluar awal. bulan puasa ni memang selalu terlajak bangun.. dah tu huru-hara bersiap macam lipas kudung.. rania dah bangun awal..ciknaa dah siapkan dia. afiq? hm.. makin lama makin susah nak bangun..hari sekolah je tu..hari cuti takde maknanya dia bangun lewat..nampak tak dia berdrama swasta..

Ciknaa angkat je dia dari katil terus masuk bilik air, mandikan.. suruh dia kencing..ada la lima minit tunggu dia kencing tapi tak keluar-keluar..bila tanya nak kencing tak, dia cakap nak.. sudahnya keluar bilik air.. ciknaa baru je nak ambikkan baju dia, elok dia kencing depan pintu bilik.. banyak giler okeh! ko rasa? ya tuhan..sabarku diuji..dahla lambat, satu keje lagi nak bersihkan lantai tu.. ciknaa memang hangen giler lah.. membebel, jentik sikit bebird dia tu..marah tak hengat.. memang stress giler.. haihhhhh!!



Setel mengelap lantai, ciknaa pakaikan dia pempes, baju..ciknaa tanya lagi..nak kencing kat depan pintu lagi tak? cecepat dia geleng kepala.. abis nak kencing kat mana? 'kat dalam bilik air' katanya..haaaaa tau pun.. kan mama dah cakap..nak kencing, kencing dalam bilik air.. bukan kat luar..kotor lantai tau tak? ok sambung bebel lagi..tapi dalam versi slow.. tak marah tapi lebih kepada bagi nasihat..

Okey..memang cara ciknaa ni tak betul.. Tak boleh marah anak sebenarnya bila dia terkencing.Tapi salah timing la dia pagi tadi dengan ciknaa yang dah lambat nak pegi keje.. mama pun bertukar jadi raksaksa la..sedih bila ingat balik..lepas pakai baju dia macam manja je..datang dekat ciknaa.. ajak bual, tanya tu..tanya ni..hai la anak..takde langsung sifat dendam dalam diri kamu kan..

7 comments:

  1. hadoi kena byk sabar kan cikna dengan anak ni...
    nasib baik puasaa kurang skit api amarah tu..

    ReplyDelete
  2. baiknya afiq tau cikna..
    memang cikna..biasala bila dh lambat semua benda tak kena kan??

    ReplyDelete
  3. haha jentik bird. Kalau Naurah, hana cubit pepet. kehkeh Bukan apa, naurah dah diapers free tapi sejak dua menjak dia buat perangai suka kencing dalam seluar, dh siap kencing br ckp. Mau tak angin kan.

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Za part2 tu seram sikit. Darwish bila lpd mandi kdg tetiba dia kencing, dia cuak. Pastu dia lap sendiri. Hoho. Kena byk sabar kn.

    ReplyDelete
  5. hahahaha comel la cikna marah anak. biasa la budak2 . nak bergurau kot. hihi

    singgah dri segmen sama :) semoga berjaya
    http://theathra.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-37.html

    ReplyDelete
  6. dah ada cahaya mata ni memang seronok , ceria rumah tangga..kadang anak juga buat kita naik angin..bersabar dlm mendidik..ujian utk ibu bapa. Bila dorang dah besar dah takde moment gitu..semuanya jd kenangan, macam mana pcl dapat rasakan sekarang, pcl dah anak besar2 semuanya.

    Salam, Pcl blogwalking kat sini.
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  7. kan bab ni mmg kna sabar lagi.
    saya pon rania kekadang tu tgh elok baringkan selepas mandi pon blh terkucil
    mmg grrrrr la jugak kan.tp dh nama pon anak kecil kan.

    bab ni
    saya ada goggle. utk atasi cara marah tu. ciknaa pon cubalah.
    smga kita dikurniakan dengan lebih tinffi sifat sabar dalam diri. aamiin
    sama sama kita perbaiki..

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016