Monday, June 15, 2015

Review : Singgah Santai Resort, Hulu Langat

asssalamualaikum..

bulan lepas kitorang berkampung kat Singgah Santai Resort ni. alhamdulillah semua berjalan lancar. so ciknaa nak share sikit review untuk resort ni selama kitorang berkampung 2 hari 1 malam dengan geng gojes aritu..




ni pool yang paling dekat dengan bilik kitorang.. pool yang paling dekat dengan reception office & parking kereta.. cantik..memang ciknaa sangat suka..anak-anak apatah lagi kan.. nampak je kolam ni kemain saited nak terjun mandi.. 





ni view dari bilik kitorang.. ciknaa ambil bilik deluxe room, betul-betul atas reception office resort ni..kena naik tangga sikit la. memang sengaja pilih jauh sikit dari kolam tu. double RM kalau nampak kang, jenuh nak melayan nak mandi je keje nya..



bilik kami anak beranak.. bagi ciknaa bilik ni tersangat besar.. memang puas hati sebab boleh muat 5 orang dewasa.. ada 1 katil queen, 1 katil single.. yang tak bestnya tilam untuk kedua-dua katil ni dah rasa spring. memang tak selesa nak tidur. dengan tilam yang bergoyang-goyang..adehh.. lagi selesa kot tidur kat atas karpet bawah tu je..





tuala. sejadah, arah kiblat semua ada..alhamdulillah..TV ada siaran astro N-joy.. oklah tu.. boleh jugak nengok cerekarama..huhu.. tapi yang tak bestnya sabun mandi cuma dapat sabun buku yang dah digunakan.. erkk.. ciknaa bab ni memang sangat sensitif.. takkan la nak pakai sabun bekas orang, orang yang tak tau sape-sape.. serius tak boleh terima.. lepas tu tisu pun takde.. haihhhh.. dah encik sepul dikerah keluar pegi beli sabun mandi & ambil tisu dalam kereta.. 


1 benda yang paling ciknaa paling stress kettle masak air tu tak disediakan.. yela, memang kitorang tak minum dalam bilik, tapi bebudak tu minum susu kan.. nasib la dah prepare bawak air panas dalam termos siap-siap..ngam-ngam je nak balik tu air panas habis..


ni pulak cafe dalam resort.. besar.. memang selesa la untuk kitorang seramai 18 family makan malam tu.. muat..siap ada meja extra untuk letak kek & segala hadiah.. tempat memang bersih.. nampak macam baru jugak la tempat ni..



untuk korang yang plan nak berfamily day kat singgah santai ni just nak share korang kena bayar safety deposit RM300 okey.. jangan terkejut pulak.. lepas check out & takde langgar pape peraturan resort, baru korang akan dapat balik RM300 tu.. pheeww! nasib la kitorang ada ahli pemurah lagi baik hati dulukan duit tu..mekasih mai :)

eh lagi satu.. petang sabtu kitorang dah plan nk buat potluck.. bawak makanan & makan beramai sementara melayan anak mandi.. tapi satu lagi charge yang kitorang kena.. RM50 sebab bawak makanaan.. kalau korang datang 1 family je tak silap ciknaa charge RM20.. so kalau sayang duit, makan dalam kereta jela..muahahaha.. mekasih pada ciknad.. sponsor bayaran untuk potluck ni..



potluck sepuasnya petang tu.. yang bestnya kat tepi kolam tu ada pondok camni.. bolehla lepak makan.. kerusi meja memang banyak.. walaupun kitorang ramai, still boleh muat lagi.. 

parking so far memang ok bagi ciknaa.. even bilik standart & suite kat atas bukit tu pun dorang boleh parking dekat dengan bilik..so yang ada anak kecik tu takla rasa terbeban nak kena jalan jauh sikit dengan bawak segala beg kan..


p/s: rindu sangat moment dengan geng gojes kat sini..1001 pengalaman.walaupun kenal di alam maya, dari blog ke fb.. fb ke ke family day.. rasa macam rapat sangat.. dah macam adik beradik.. korang memang osem! :)

p/s: next family day ke mana kite uolss? heee..

5 comments:

  1. huaaaa ciknaa dah update..saya punya masih dalam draf...huhu

    ReplyDelete
  2. mcm best la tempat ni ciknaa..sesuai kan kalo utk family gathering

    ReplyDelete
  3. Waaahhh.... meriah betul Ciknaa.
    Si comel dua tudah pandai nak menikmati keseronokan main air CikNaa.

    ReplyDelete
  4. siyes rindu... nak ulang semula moment tu sbb masa gi ari tu feel ke lautan hindi

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya....!sebelum berpuasa ni..wajiblah jalan2 dulu kan..nnt dah puasa semua pilih nak lepak kat rumah ja

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016