Tuesday, June 23, 2015

Double RM : Sesi Pujuk Memujuk



lama dah tak cerita pasal anak-anak ciknaa..alhamdulillah double RM sihat.. makin banyak akal..makin bijak.. gaduh berebut mainan tu biasa.. lepas gaduh nangis then sambung main balik.. bergurau ketawa mengekek-ngekek..gitu la dunia kanak-kanak kan..

afiq dah 3 tahun lebih..rania pun 2 bulan lagi nak masuk 2 tahun..haihhh kejap sungguh masa berlalu.. bila dah besar camni hati mama mula la rindu moment mengandung la, rindu bau baby la..rindu breastfeed la.. eh eh eh.. hihi.. memang rasa nak beranak lagi, tapi banyak benda kena fikir selain kewangan.. ok takpe, yang tu simpan dulu..ada rezeki tak kemana iyee dok? huhu..


ok afiq dan rania.. sekarang ni afiq bercakap macam bertih jagung..ada masa tu ayat dia macam orang dah besor je.. adik walaupun cakap tak bunyi apa, tapi selalunya dia akan faham apa abang cakap kat dia..contohnya 'adik nia, makan elok-elok..jangan tumpah! nanti mama marah' gitu..tapi ko rase dia nak dengar? ahahaha.. lagi dia buat tumpah ado..

situasi yang paling ciknaa suka, bila salah sorang dari dorang akan menangis..merajuk. mesti ada sesi pujuk memujuk..contohnya rania melalak kena marah dengan mama.afiq akan datang dekat adik dia, tepuk-tepuk lengan adik pastu dia akan cakap.. '' adik nia.. dah dah dah..taknak nangis..'' sama jugak bila afiq yang nangis..rania akan datang dekat abang pastu cakap dalam bahasa pelat dia ' dah dah dah'' sambil tepuk-tepuk lengan abang tu..ohmaiii..sweet giler lah..tiap kali tengok mesti rasa seronok.. dah besar anak-anak ciknaa upenye..



dah besar camni dah pandai berkawan..dulu masa rania baru lahir, perghhhh.. afiq buat adik macam musuh.. siap lambung adik dalam buai..time tu ciknaa rasa, ok taknak beranak lagi..cukuplah dua je anak aku.. stress oii time tu..betul la orang tua cakap..penat kejap je..nanti besar dah senang.. 


 p/s: paling tak sabar bila bebudak ni dah pandai basuh berak sendiri..tula benda paling malas ciknaa nak buat.. selalu bergaduh dengan papa dorang suruh dia basuh..wakakakaka..

6 comments:

  1. sama je perangai dengan double R ciknaa...bab yg pujuk2 tu pun sama...bile kite marah adik..abg pujuk cakap dah2..bila marah abg..adik plak pujuk ckp dah2..heheh..comey je....cpt betul dorang dah membesar kan ciknaa...ain pun rindu bau baby....jom no 3..hahahahah

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH
    SEMOGA MEREKA MEMBESAR DENGAN SIHAT..

    ReplyDelete
  3. alolo so suwit la dua beradik ni
    afiq lambung rania..perggghhh sabaq j la
    pitam kejap mama nengok..

    bab basuh yak yak selalu kan. sama la dgn kami laki bini..
    saua doakan semoga double rm membesar sbgai anak soleh dan solehah.
    aamiin

    ReplyDelete
  4. kan cikna... akak pun rasa dh senang skit bila diorang dah besar. kalu kita nak tido pun xpe, diorg main sendri je...
    tungu diapers free je. skrg 2-2 masih berpempes. jenuh potty train, tp akak ni malas nk ajar betul2.
    rayyan bila nak berak dah pandai buka suar pempes gi toilet sendri. pastu gelak bila tgk taik jatuh golek2..
    yaya pun laju2 gi toilet nak tgk taik abg dia sama... adussss

    ReplyDelete
  5. comey je dua beradik ni...eh sama la umur rania dengan anak akak adelya tu,lagi 2 bulan nak 2 tahun

    ReplyDelete
  6. hahhaha pandai sgt nih..hannah kalau adik jatuh ke apa..laju lah pergi usap2 kepala adik tu..sambil cakap alala sian iye tu..sian iye tu..hahhaha

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016