Friday, June 19, 2015

Cerita Puasa Pertama

alhamdulillah selesai sudah puasa pertama semalam..bulan puasa ni ciknaa balik awal sejam dari biasa.. pukul 4.30 keluar ofis, ambik double RM kat nursery, sampai rumah dalam pukul 5 lebih.. kira awal la tu..sebab selalunya kalau tak pukul6 setengah, memang tak balik lagi..encik sepul pun balik awal sepanjang bulan puasa ni..jadinya, dia la yang akan handle bebudak.. ciknaa balik rumah je terus bersilat kat dapur.. terus terang la cakap kalau masuk dapur ciknaa memang jenis slow sikit..huhu..


berbuka semalam ciknaa buat udang masak lemak cili api je.. pastu goreng sayur sikit, add on sambal hitam.. alhamdulillah kenyang & puas makan..sebenarnya masak sendiri lagi sedap.. * sedap ke* kepuasan tu yang penting..walaupun cuma makan nasi dengan telur + kicap..kan?



udang masak lemak cili api versi extra pedas mengikut permintaan si suami..wah gituu..tapi memang pedas sikit ciknaa buat semalam..





ada yang tak cukup sebenarnya dalam menu berbuka kitorang..takde kuih & buah langsung kecuali kurma aje.. kalau nak buat kuih tu tunggu weekend la..inshaaAllah ciknaa akan usahakan buat..air tangan sendiri bagi anak-anak dan suami makan,pastu share dengan jiran-jiran.. besar pahalanya kan?

sebelum berbuka semalam ciknaa dah siap bagi anak-anak makan dulu..pastu bagi dorang main.. dah dekat maghrib tu macam nak mengacau makpak nya berbuka, kitorang bagi henpon satu sorang.. afiq layan game, rania layan minion.. nasib baik cara tu menjadi.. boleh makan dengan tenang..huhu.

 lepas isya' encik sepul ada keje..office call emergency.. jadinya pukul 9.30 ciknaa dah mentido dengan anak-anak..fuhhhh..penatnya rasa.. pukul12 bangun pulak nak siapkan beg anak-anak, masak nasi pulak untuk bersahur.. aiyoyoyo.. ada vitamin yang boleh buat mak-mak ni tak letih tak? nak beli.. huhu..


---------------------------------------------------------



minggu ni ciknaa close order yer sayang-sayang semua.. dah full.. tu pun ada lagi yang mintak nak selit order.. maaf sangat ciknaa tak mampu nak buat banyak sebab semuanya pakai tangan, tumbuk dengan lesung batu.. *cara tradisional* kalau berminat boleh whatsapp ciknaa minggu depan pulak yer..mekasih banyak :)




4 comments:

  1. smlm ain try bg bebudak ni makan dulu siap2 ..dgn harapan x kacau la org makan...tapi...nan hadoo...tetap kacau gak..sampai tercekik2 mama dia ni makan...huhuh

    ReplyDelete
  2. huaaaaa gulai lemak udang tu sedap gilaaaa nampaknye ciknaaaa

    ReplyDelete
  3. sedapnya masak lemak udang tu cikna... akak jarang sgt2 beli udang sbb faris x mkn udang... kalu beli pun 4-5 eko utk mkn sendri.... kena lak dgn sambal itam cikna. (alaaa ada lg sesudu je kt umah)

    ReplyDelete
  4. Bila dah jadi ibu mesti ada aje cara nak menjadualkan tugasan kita CikNaa
    Anak-anak kalau dah kenyang bila nak kacau pun taklah sehebat masa dia lapar
    OKlah tu cara CikNaa tu betul bagi mereka makan dulu..

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016