GOOGLE Adsense

Wednesday, March 11, 2015

Nasi Lemak Mak Mertua



balik cuti raya cina haritu mertua ciknaa ada buat lempeng & sambal tumis.. anak lelaki dia (asben ciknaa) tu la rekues.. teringin sangat katanya.. bila makan, ciknaa cakap ni kalau ada nasik lemak sedapnya lahaii.. mak mertua senyum je.. ciknaa pun takde la mintak-mintak kan.. yela, mak mertua, kalo mak sendiri haritu jugak p beli barang pastu mintak dia masak..huhu..


 nak dijadikan cerita, last day kitorang kat kampung, pagi-pagi mertua ciknaa dah suruh adik ipar parut kelapa.. pakai mesin tu opkos 1 rumah dengar kan.. terus tanya, mama nak masak apa pakai santan tu? nasi lemak katanya..yahuuu! tetiba rasa macam.. wah menantu kesayangan yang berada diawang-awangan..kahkahkahkah..


siap je masak terus hadap meja makan.. giler tak senonoh kan? ciknaa kalau kena sambal yang sedap memang hantu la makan tak sedar diri waimah masa tu tengah diet sekali pun.. puas sangat dapat makan..sebab dah lama teringin nak makan nasi lemak yang sedap..kl ni mana nak cari yang memenuhi selera..banyaknya sambal yang macam ala-ala sambal bawang aje.. ikan bilis sekor pun takde.. 


p/s: jangan lapar eh tengok entry ni.. sekian :)

6 comments:

  1. sedapnya Cik Naa.. mmg tgh lapar pulak ni huhuhu

    ReplyDelete
  2. owh ciknaa...time bace entry ni prut tgh berbunyik kelaparan.....sedapnye tgk nasi lemak tu ciknaa...

    ReplyDelete
  3. terliurnya...sambal org2 tua juga paling sedap...klu beli kat kedai mesti tak kena ngan selerakan

    ReplyDelete
  4. wahhh tengok gambar pun dah dapat gambarkan bertapa sedapnya nasi lepak ni :D

    ReplyDelete
  5. ishhh terliur tgk pic nasi lemak ni huhu....ciknaa kalau nk tips2 diet boleh usha2 blog ambe k

    dsupermama.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Assalam cik na,
    waaaaaaaaaaaa huntung uols :)

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016