Wednesday, March 18, 2015

Dekorasi Rumah Sewa

rasa macam dah lama tak ada entry rumah.. rumahku syurgaku.. insyaAllah kalau ada rezeki ciknaa nak pindah tahun depan.. pindah branch baru uia kat pagoh johor..tu pun kalau ada jadi.. rumah sekarang adalah rumah pertama kami sebagai suami isteri..sampai lah anak dah dua orang.. so, ciknaa share kat blog untuk memori akan datang..rumah comel secomel tuannya..kihkihkih..



ni ruangtamu rumah ciknaa.. memang tak boleh masuk banyak barang, sempit sangat.. masa beli sofa tu dulu mintak nak beli 3 seater je. eh gambar ni ciknaa ada share kat fb.. ada yang tanya kayu apa kat atas tu? hahaha..tu tiang penyapu.kalau musim hujan ciknaa sangkut hanger payung untuk sidai baju anak-anak kat situ..memang nampak hodoh sikit, tapi time sesak ada gunanya.. hihi.




ni deko haritu.. ciknaa pasang wallpaper.kalau masuk dari pintu depan, akan nampak sini dulu.. tapi wallpaper tu memang bagi effect rumah nampak tinggi..sekarang sofa dah alih macam dalam gambar 1st tu..nampak lebih luas.. nampak aje, ruangtamu tu tetap macam tu jugak keluasannya..



abaikan gambar 2 anak syurga ciknaa ni.. hihi. ni pulak pandangan sebelah ruangtamu.. ciknaa letak meja makan kat situ..betul-betul belakang pintu utama & sebelah pintu master bedroom.. tu pintu bilik ciknaa.. bilik agak besar sebenarnya, ciknaa letak katil queen & katil single..



ni gambar lama.. gambar sekarang harus kena pakai cadar Quilt kan.. kata tokey cadar,, muahahaha..dinding belakang katil tu sebanarnya ciknaa nak pasang wallpaper jugak..tapi mood rajin belum sampai lagi..nanti-nanti lah..ciknaa gabungkan katil single & queen tu.. yela, anak dah dua uolss.. sempit. nak beli king bajet tak lulus pulak :P



master bedroom kami tu memang ciknaa tak letak banyak barang..ada katil & 1 almari kecik aje.. pastu ada buai rania..bilik ke-2 pulak memang takde katil.. ciknaa buat bilik solat & bilik segala tok nenek pakaian.. almari pakaian anak beranak, penyidai tuala, semua kat bilik tu..tapi takde gambar pulak sebab kemas ala kadar..kihkihkih..




ni latest dapur ciknaa.. baru tukar tikar baru.. tikar lama kemain dah mereput, dulu beli dengan geng bujang tak reti nak pilih yang elok sikit kan.. rumah sewa je, memang takde kabinet kitchen bagai.. main susun gini jela segala pinggan mangkuk tupperware tu.. asal nampak sedap mata memandang je dahla.. sedap ke mata memandang? muahahaha..


p/s: rumah kecik, tapi hati besar.. alhamdulillah ciknaa dapat rumah sewa murah & selesa camni kat kl.. harga sewa mmg mampu lah.. baru cakap nak pindah, dah ramai PM nak sewa lepas cikna keluar..huhu

12 comments:

  1. nmpk teratur je ciknaa...haish ain ni pun x sabar nk deco rumah lepas nie...:)

    ReplyDelete
  2. kemas......cantik...nampak luas...serius cantik

    ReplyDelete
  3. samelah umah kite ciknaa
    yg penting kemas...

    ReplyDelete
  4. best nya ciknaa dapat pindah pagoh. ai is jeles!

    ReplyDelete
  5. Yg pntg umh cikna kemas..giteww..
    Akk pn still sewa jgk.rumah siap thn depan bln 11

    ReplyDelete
  6. Umah cikna mcm umah akk dulu sblm pindah umah skrg. Tp xselengkap mcm umah cikna. Kitorg ada meja jepon je. Yg penting kemas & selesa di rumah sendiri

    ReplyDelete
  7. nampak rumah tue luas bila ubah susun aturkan ciknaa

    ReplyDelete
  8. Assalam cik na,
    pandai uols susun segala bekaih2 pplastik uols
    iols ni pakai sumbat semua dalam KC
    kalo kemaih pun tahan la seminggu
    lepaih tu berterabur balek he3

    ReplyDelete
  9. ciknaa pakai wallpaper tu kan nampak luas rumah

    ReplyDelete
  10. comel deco & rumahnya macam tuan dia jugak.. kemas & teratur.. kira rumah cik naa lebih luas dari rumah saya ni.. antara dapur & rumah tamu macam tak banyak space.. almaklum la rumah atas awan hehehe

    ReplyDelete
  11. comel deco & rumahnya macam tuan dia jugak.. kemas & teratur.. kira rumah cik naa lebih luas dari rumah saya ni.. antara dapur & rumah tamu macam tak banyak space.. almaklum la rumah atas awan hehehe

    ReplyDelete
  12. kemas n comel sis
    salam singgah
    nanti singgah blog kiter jual shawl cun cun, bawal cun pun ada update terkini monday ni k

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016