GOOGLE Adsense

Monday, October 27, 2014

cucur bilis lembut



psstt.. dari mula kawen sangat jeles dengan jejemput MIL.. mak mertua buat memang sedap.. lembut & bulat-bulat je bentuknya.. bila tanya tips, dia cakap campur air panas sikit mula-mula bancuh..tapi bila ciknaa buat memang tak pernah jadi.. tak bulat, malah keras kejung! ahahaha.. bencik! sebab jejemput tu selalu la jadi pojaan hati lakiku ittew.. 


sekarang fenomena cucur kembung manis tu kan? ciknaa try olah sikit resepi tu.. sebab masa nak buat takde pulak susu manis.. so tukar jadi cucur ikan bilis.. semudah abc.. haha nak jugak la share resepi.. :)

garing diluar, lembut didalam :)


> 2 cawan tepung gandum
> 2 cawan air panas ( yang baru masak tu)
> secubit garam
> sedikit ikan bilis & sebiji bawang besar (tumbuk hancur)

satukan semua then goreng..

tips: tuang sikit-sikit air panas, gaul.. nak dapatkan bulat, celup sudu dalam minyak panas sebelum bentukkan tepung untuk digoreng.


untuk pertama kali nya, ciknaa berjaya buat jejemput ikan bilis jadi bulat..yahoooo..! nak lagi sedap makan dengan sambal kicap.aritu ciknaa makan sorang, dah malas pulak nak menumbuk sambal..cicah sos cili jela..


p/s: jejemput ni sampai ke petang menten lembut.. eh makan time ujan.. kena pulak dgn teh 0 panas, fuhhhh.. lagi syok kalau beramai..tak sedar je lepas ambik, ambik lagi.. :P

1 comment:

  1. Ye memang sedap ni. Kalau kakak suka cecah sos cili aje CikNaa..

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016