GOOGLE Adsense

Thursday, May 29, 2014

sepanjang hampir 3 tahun

8 days to go our 3rd Anniversary..wah speaking ko.. alhamdulillah.. nak buat entry mengenang balik 3 tahun berlalu.. alhamdulillah kami selamat dinikahkan pada 4 jun 2011. lepas 2 bulan, Allah tambah rezeki kami dengan berita 'double line'. sepanjang mengandungkan afiq, ciknaa & suami duduk jauh..dia duduk dengan makcik dekat johor, ciknaa duduk gombak menyewa dengan housemate tentunya geng bujang.. selama 9 bulan tu la boleh dikatakan tiap-tiap minggu berulang balik johor. naik bas, LRT, turun naik teksi baru sampai.. dengan bawak beg & perut membesar.. aduhaii.. bila ingat balik rasa sayu je. sebabkan suami memang sabtu ahad time wajib dia kerja.. tak boleh buat apa.tapi ciknaa seronok je.. tak rasa susah langsung berulang tiap minggu hanya nak balik jumpa suami..


2012.april lahirlah anak sulung ciknaa. Muhammad Razin Mikhaill itu.. sapa yang dah follow blog ni memang budak tu kerap demam..sampaikan dah tukar nama dia panggil afiq. pengalaman besarkan dia sorang-sorang sangat lah menguji kesabaran.. jaga dia demam sorang-sorang..bawak klinik pun sendiri. pernah dehydrated muntah-muntah. pukul3 pagi jiran @ officemate hantarkan pegi hospital.Allah..kalau ingat balik.. macam tak percaya dah lalui semua tu..penghujung 2012.. Allah nak bagi rezeki lebih lagi. berita 'double line' untuk kali ke 2 walaupun tak dirancang..Alhamdulillah ciknaa terima walaupun blur kitorang suami isteri masih duduk asing. 


2014 kami berempat dah :)


2013. habis pikir, habis bincang, suami mengalah..akhirnya dia berhenti keje, berhenti tolong family bisnes kat johor.Cari keje lain kat area kl alhamdulillah dapat kerja kat kolej area setiawangsa.. Alhamdulillah.. bermulalah kehidupan kami hidup sebumbung.. bulan 8 Rania Marissa lahir.. dalam pantang dapat tau ada jawatan kosong.. gigih la daku isi online keje untuk laki weh.. tak dapat-dapat. last date pun still tak dapat submit. ntah macamana abis pantang je gigih ciknaa hantar jugak resume suami kat management.seminggu lepas tu dapat interview.. ya Allah besarnya kuasa Dia. sebulan lepas tu dapat panggilan kerja. Menangis ciknaa.. tak sangka sungguh.



& sekarang alhamdulillah.. hidup dah bertambah baik.. biasa la naik turun tu kan..takde la senang mana, sedang-sedang aje. macam-macam yang berlaku dalam 3 tahun perkahwinan kitorang ni..baru 3 tahun.. akan datang wallahualam. sekarang ni bab anak, InsyaAllah masih dalam perancangan..bukan taknak anak lagi, tapi ada planning lain. nak cari rumah pulak. InsyaAllah kalau ada rezeki. kalau cakap pasal rezeki, kadang-kadang kita tak perlu terlalu memikirkan..tak payah terlalu merancang sebab Allah ada semua untuk kita..bila kita percaya rezeki, InsyaAllah memang sentiasa ada untuk kita lagi-lagi untuk anak.. percayalah..


p/s: sentiasa mendoakan kawan-kawan yang masih belum merasa title isteri & ibu..semoga mereka jugak dipermudahkan..amin.




8 comments:

  1. banyak yang ciknaa dah tempuh rupanya. syabas ciknaa sebab berjaya hadapi semua tu. insyaallah pasni ada lebih byk rezeki utk ciknaa sekeluarga. tarikh nikah kita sama la hehe..

    ReplyDelete
  2. imagine balik zaman2 cikna hidup pjj dulu masa bc blog ni rasa sedih je. syukur i dgn husband x perlu merasa hidup mcm tu.
    xleh imagine susah payah nya..

    Allah maha adil kan, :)

    ReplyDelete
  3. Pengalaman berjauhan tu ayda pn penah alami..alhamdulillah penantian tu berakhir jgk kn..happy for u :)

    ReplyDelete
  4. pengalaman pjj, Alhmdlh da berlalu... semoga bahagia sentiasa, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. happy anniversary ciknaa....dugaan betul ye ciknaa..klu kayrul kena berjauhan macam tue x tau la macam mana

    ReplyDelete
  6. setiapapa yang kita nak memang memerlukan pengorbanan..kan??

    ReplyDelete
  7. dah ada 2 cahaya mata..bersyukurlah dengan segala yang Dia berikan pada kita..walau buruk @ baik..yang buruk semuanya datang dari kekhilafan kita juga..
    semoga cikna sekeluarga terus bahagia hingga akhirnya..amin..

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016