Friday, May 9, 2014

kepentingan ubat cacing untuk kanak-kanak




afiq demam seminggu..batuk berkahak, muntah, selera makan seolah-olah hilang terus.. bila check darah, afiq bebas dari denggi & demam virus. puas pikir kenapa la tak baik-baik.. baru teringat yang dia dah 2 tahun bulan lepas.. dan sepatutnya dia check up dengan KK untuk makan ubat cacing.. ciknaa lupa sangat.. sibuk sangat dengan macam-macam hal.. kesian afiq.. malam tadi dia tak kencing lebih dari 10 jam..bayangkan lah.. so pagi ni gigih ciknaa bawak dia pegi klinik.. & doctor memang bagi ubat cacing ni.. masuk kereta terus bagi.. sampai nak termuntah dia.. kemain doctor cakap rasa dia sedap cam eskrim.. tapi bau takde plak macam eksrim stoberi.. hahaha..



sambil-sambil tu ciknaa share la asal cacing ni kan..

Bagaimana Cacing dapat masuk dalam badan?
  • Apabila termakan telur cacing yang berada dalam makanan yang tidak dimasak dengan sempurna mungkin dari gerai yang tidak berapa mengamalkan kebersihan .
  • Sekiranya tidak mengamalkan basuh tangan sebelum makan. Makan dengan tangan yang tidak bersih boleh menjadi punca kepada jangkitan cacing ini.
  • Cacing juga boleh masuk melalui kulit kaki yang terdedah.
  • Sekirangan tandas (jenis tandas duduk) yang diguna tidak bersih , terutama di tandas awam. 
  • Cacing juga boleh disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan. 


Simptom-simptom telah dijangkiti cacing:
  • Pucat akibat kekurangan darah merah (anaemia)
  • Cepat rasa lemah dan letih akibat kekurangan zat makanan.
  • Kurang selera makan
  • Abdomen kelihatan kembung
  • Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur
  • Perkembangan fizikal (kanak-kanak) mudah terganggu

sourse :  sumarz.com


kata doctor zubaidi pulak kanak-kanak umur 1-tahun, perlu diberi 5ml sebagai dos tunggal. tetapi 2 tahun ke atas 10 ml/dos.. tapi afiq baru 2 tahun sebulan ciknaa bagi 5 ml je.. 1st time bagi pulak tu..


simptom jangkitan cacing (dr Zubaidi) :

  • pucat akibat anemia
  • cepat rasa lemah & letih (afiq)
  • kurang selera makan (afiq)
  • abdomen kembung (afiq)
  • kegatalan di kaki (afiq selalu mengadu kaki dia sakit, mungkin gatal)
  • kegatalan di dubur


sourse : Dr. Zubaidi


ubat cacing boleh diberi seawal 1 tahun 6 bulan.. kanak-kanak memadai diberi ubat cacing 6 bulan sekali terutama jika ada binatang peliharaan di rumah..
bila dah habis study pasal cacing ni, memang ciknaa rasa bersalah giler-giler.. memang 90% tanda-tanda tu memang ada pada dia.. arini ku jadi doc anak sendiri mengesahkan afiq memang kena cacing.. hahaha.. so, ubat dah bagi pagi tadi.. punya la gigih pukul8 dah terpacak kat klinik.. dapat ubat je terus makan dalam kereta..ciknaa sangat la berharap ubat ni dapat setelkan masalah selera makan, kembung, lemah dia tu.. InsyaAllah..



20 comments:

  1. info berguna anak sy 6.6 ni baru 2 thn..

    ReplyDelete
  2. tak penah lagi bagi yaya ubat cacing nie.. kena bagi gak ni

    ReplyDelete
  3. Ciknaaa.pas tu skrg ni mcm mana.

    ReplyDelete
  4. x pernh lg bg luth ubat ni.. harap x kenalah.
    teingat plk gelang cacing org2 tua dulu..
    huuh

    ReplyDelete
  5. cacing.. dah agak dah sebenarnye ciknaa tapi x berani nak ckp byk.. daku ibu muda anak baru sorang.. huhuhu. moga afiq cepat sehat dan berselera makan.

    ReplyDelete
  6. belum lg bg Raees ubat cacing...lebih 1 tahun 6 bulan dah boleh bg kan..nak kene bg nanti nie...get well soon afiq..semoga lpas mkn ubt ni selera afiq makin bertambah n makin kuat menyusu yeh...:)

    ReplyDelete
  7. Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur..

    mmg raisya duk garu2 kaki dia sekarang, kadang2 duk korek2 pampers dia... uwaaa.. TQ ciknaa ingatkan nurul, TQ sangat2...

    ReplyDelete
  8. alamk cik naa, kita pon x pernah bg ubat cacing..
    eh pernah,tp yg tablet punya..
    mkn satu tablet je.
    pastu masa umur 2thun, dpt ubat cacing mcm dlm botol tu.
    xmakn pon. sbb rasa anak tade cacing..
    siap simpan elok dalm peti ais lagi smpi skrg anak dah 3thn lebih..

    alamak, teruknya i...

    ReplyDelete
  9. kalau dekat kk bt.9 ni Hasif dah dibagi start 1thn3bln,1thn9bln dan nanti 2thn3bln ade lg kot...

    ReplyDelete
  10. cikna.. lin pun rasa hafidh sekarang ni ada cacing... uhuhuhuh selera makan dia kurang.. badan pun makin kurus... uhuhuh nak ajak husband cari ubat cacing la...

    ReplyDelete
  11. arissa dulu 1 tahun 6 bulan ad juga. swasta. 2 tahun. kkia. :)

    ReplyDelete
  12. Anak2 akk semua di bg mkn ubt cacing setiap 4 bulan..cuma aish je pnh bg lg..tunggula dia msk 2 tahun bru bg

    ReplyDelete
  13. nak bagi jgk ke faiq.. tp asik terlupa je.. ishh tepuk dahi sendiri

    ReplyDelete
  14. ya Allah....penting rupanya ubat cacing...Qi langsung x penah diberi ubat cacing....moga afiq cpt sembuh aminnn

    ReplyDelete
  15. Allah... kena beli ubat cacing utk Amsyar... tq up n3 ni...

    ReplyDelete
  16. cik na...entry kita sama pulak...tapi entry saya masih dalam schedule..bab lupa nak bag anak ubat cacing..

    ReplyDelete
  17. cik naa...nurse kk bg ubat cacing ms appoinment 2 tahun..tablet perisa coklat jenama champs..huhu..senang nak mkn ammar kunyah mcm mkn ceklat je...harap2 pas ni afiq terus sihat...susah hati anak sakit...

    ReplyDelete
  18. ha ah..sy bru bg anak ubat cacing dos ke 2..memmang penting ubat cacing ni..efek dia akan keluarkan segala penyakit cacing melalui najis lepas consume...pastu ok dah...:-) klu tgok di atak selera makan, garu2 kat punggung atau kaki.dikira simptom la tu....

    ReplyDelete
  19. Salam Cik Naa...

    Saya ada tag Cik Naa kat sini http://blog-wafee.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-anne-nurain.html

    Kalau rajin jawablah ye :)

    ReplyDelete
  20. Assalam...

    tanda yang paling ketara pada anak sy, kembung perut macam belon & kurang makan....lepas bagi minum, Alhamdulillah, selera makin ok...

    http://ceriteranaziera.blogspot.com/

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016