Thursday, January 16, 2014

cerita adik & abang

alhamdulillah..
syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana ciknaa dikurniakan 2 cahaya mata ni..
sepasang Dia bagi walaupun ciknaa tak pernah terpikir nak dapat sepasang dalam masa belum sampai 3tahun perkahwinan kami..tapi itulah yang ciknaa ada sekarang ni.. 
harta yang amat-amat bernilai..
aset yang ciknaa ada untuk mendoakan kami suami isteri kelak..(insyaallah)



Razin Mikhaill (afiq) bulan ni dah 1 tahun 9 bulan (bulan 4 dah genap 2tahun)
Rania Marissa dah 5bulan.. ya Allah cepatnya masa berlalu..




abang dah pandai meniru orang cakap sekarang ni..
cepat sangat tangkap apa orang sebut..
so ciknaa akan pastikan dia tak meniru perkataan yang bukan-bukan..
risau gak nih.. 




adik pulak dah pandai meniarap sepenuhnya..
selalunya tangan dia tertindih kat bawah perut..
pastu terjerit-jerit mintak tolong orang..
hahaha..



sangat rapat dengan papa..
serius.. afiq terutama nya sejak dapat adik, mandi, susu, semua papa yang buatkan..
adik rania pun pantang tengok papa dia..kemain menyengih je..hoho..



sekarang ni abang dah boleh terima adik dia..
dulu asik buli aje..sekarang balik skul, dia akan cari & panggil baby..baby..
otomatik cium adik nya bertubi-tubi.. 
sampai penuh elior kat pipi adik tu oii..
part ni ciknaa sangat suka! :) 
penyayang oii..


adik pulak memang tak boleh tengok abang dia..
mesti ketawa mengekek-ngekek..
ntah ape la dia suka sangat gelagat abang walaupun abang ralit tengok baby tv tak pandang dia pun.
haih la adik..



ciknaa sangat sangat sangat sayangkan double RM ni.. buah hati ciknaa.walaupun penat nak handle, dengan kerja, bisnes kecil-kecilan tu, suami lagi, ciknaa tetap seronok.. sebab bila hadap 2 anak ini buat hari ciknaa hilang segala tok nenek penat.. kira nya 2 beradik ni dadah ciknaa la senang cite.. kihkihkih..


p/s: jangan tanya tips nak dapat anak sepasang, semua nya datang dari Dia..

14 comments:

  1. amboi kemain dadah dibagi contohnya....teringin nak sepasang jugak...ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dadah tu perumpamaan.tapi dadah ni halal ni anis oi :P

      Delete
  2. Alhamdulilah ciknaa..dpt sepasang kan...ain pun x sangka jugak dpt sepasang dlm tempoh 3 tahun kawen jgk..suka tengok gelagat dorang adik beradik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..cerita kite lebih kurang je kan nk dapat adik rania & raynia ni..see? nama pn dah nak sama dah..haha..

      Delete
  3. olololo comel memasing, ku nk pregnant ini taun..doakan yeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ aunty rin.. bereh! ku doakan mu walau dimana jua berada.. hoho..aish sedia nak adik okeh..

      Delete
  4. bestnya tengok ciknaa dh ada 2 org anak...hehe...ada hikmah rupanya dah tak pjj kn? blh papa tolong jaga anak...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah nana.. bila dah duduk sama, baru la tau suami sebenar nya cemana..alhamdulillah sgt2..harap nana pn dpt rasa hidup sekali nanti kan..

      Delete
  5. mmg best... wpun penat.. bila tgk dorang main sama2 tenang je hati... duduk rumah sahaja pun da penuh aktiviti..

    ReplyDelete
  6. seronok kan tengok keletah anak2 nih..dah ada sepasang..seronok kan..

    ReplyDelete
  7. comel dua2. ni

    alhamdulillah rezeki Allah tak terduga:"

    ReplyDelete
  8. romantiknya abg dgn adiknya...hheee...suka tengok..

    ReplyDelete
  9. Hahaha.pesanan akhir tu x keh bla ciknaa. Tgok double RM ni terasa lank ade baby lg.tp x tahula da bsedia ke x:'(

    ReplyDelete
  10. comel je main2 rmbut adik dia tu heee

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016