Wednesday, November 13, 2013

adik rania 3 bulan

senyum ni la yang buat mama malas nak pegi keje .. :)



Rania Marissa genap 3 bulan harini..
Rasa macam baru semalam je start cuti bersalin..huhu (nampak nau nak cuti lagik)
Cepatnya kamu besar sayang oii..


1st time terima botol seadanya.. haih..

3 bulan :

* pantang orang tegur sikit, senyum meleret-leret..
* dah berdiri tegak kalau didirikan..
* dah pandai melonjak-lonjak time mandi..
* sangat suka main jari since mama dah tak pakaikan mitten.
* semalam dah pandai gigit jari sampai lenjun baju dengan airliur.
* sangat suka tengok gelagat abang afiq dia.. pastu senyum sorang-sorang. ( belajar latuh)
* baru pandai minum pakai botol sepenuhnya bila mama masuk keje.
* dah mula nak mengiring, nak belajar meniarap kot.




sesi berkongsi adik & abang.. buah hati ciknaa ni oii :)  




Rania Marissa ni alhamdulillah setakat ni senang & mudah dijaga..takde perangai sangat la senang cerita.Sebulan ni adik ciknaa jaga dia ok je.. lepas susu, tidur.. bangun, letak aje dalam babycot dia akan main sorang-sorang..tengok keliling senyum sorang-sorang.. pada ciknaa senang nak buat keje kalau dia tak meragam.. 


Tapi kene jaga-jaga sebab abang dia ni memang sangat berdendam dengan adiknya.huhu. pantang dapat peluang, dia akan buli adik dia..tapi pastu cium..haih, sayang adik, tapi buli tetap buli! muehehe..pesan kak mimy, kene peluk abang dulu baru adik bila balik kerja. alhamdulillah ciknaa buat cenggitu pergi & balik keje, boleh nampak perubahan emosi pada si abang.takde la memberontak sangat macam sebelum ni..


p/s: 24 jam sekarang dah macam doploh minit aje.. ni baru 2 anak, cemane bila dah 8 nanti.. muahmuahmuah >_<




4 comments:

  1. cik naaaaaaa pitam baca 8 tu muawawawa..moga tercapai cita citamu cik naa hahahaha..RM senyum manis ooo..mata besar..cantiks sgt ;)

    ReplyDelete
  2. hehehe..rase mcm baru je cikna bersalin..tup2 anak dh 3 bln..cepat nau masa skrg..

    ReplyDelete
  3. nak nangis baca..dah anak 2 dah adik i sorang ni..doakan akak jugak ye...i love rania..dia comel la

    ReplyDelete
  4. sekejap je dah 3 bulan..
    pejam celik..dah setahun..

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016