Wednesday, July 24, 2013

Resepi Mudah : Daging Masak Black Pepper



lauk feberet ciknaa & suami.. rasa nya ni jela kot satu-satunya lauk yang kitorang sama2 suka..jarang buat, ntah kenapa sebab daging dah naik rege kot.. tehihi ;)semalam puasa ke 14 baru la Incik Epul tu sibuk belikan daging, nak mkn black pepper katanyer..jom la kita buat untuk suami tercinta.. kang kempunan pulak baby dalam perut beliau :P



daging black pepper untuk 2 orang :

  1. daging yang dipotong nipis.
  2. kacang panjang/ kacang boncis.
  3. sebiji tomato.
  4. sekeping asam gelugur.
  5. sebijik bawang besar yang dihiris kasar.
  6. sos black pepper dalam botol (ciknaa pakai nona punya)
  7. secubit lada hitam yang ditumbuk kasar.
  8. 2 sudu besar kicap manis.
  9. sebijik bawang besar.
  10. 5 biji cili padi. 
  11. 3 ulas bawang putih.
  12. secubit garam, 2 sudu gula, bahan perasa.


jom la kita masak campak-campak versi ciknaa okeh..

  • tumbuk 3 bahan yang kaler merah tu..
  • tumis dengan minyak sampai naik bau..
  • masukkan daging.. ciknaa tak rebus dulu daging tu, jadi tambah 3 kali air untuk bagi daging lembut..masukkan asam gelugur, kicap, sos black pepper.
  • secubit garam, gula & penambah perisa.
  • masukkan tomato, kacang boncis / kacang panjang, bawang yang dihiris kasar.
  • last sekali taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar tu..




p/s: lauk ni berjaya buat hati ku berbunga-bunga.. sebab suami cakap dalam 2 minggu puasa, ni la lauk paling best! ewahhh.. tersengeh-sengeh ciknaa sambil kenyit-kenyit mata menahan malu.. ahakssss! gedik gittew :))


13 comments:

  1. errr..tak penah beli daging..achanerrrr..
    tukar ayam buleh dok? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dong.. tapi ayam pulok tak penah buat guna resepi ni.. hah tibai jela janji masuk perut kite sndiri.. :P

      Delete
  2. dapnya, boleh buat nanti, sbb kt umah byk daging haritu suami ku beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila buat erin.. daging mahai oii.. tu sbb ler jarang masak walaupun ku tau ini peberet laki ku.

      Delete
  3. xberapa berani masak daging sbb risau x empuk

    ReplyDelete
  4. biasa makan ayam blackpeper ..xpenah lagi try daging black peper..tgk ciknaa punye terliur lak...hehe

    ReplyDelete
  5. owh senang je bahannya..
    tapi selalu guna perencah instant maggi tu je hihi..

    ReplyDelete
  6. menarik tertarik wajah daging black pepper cikna tu! nk cube gak lah nnt..harap jadi..

    ReplyDelete
  7. tengkiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....ok ganti ayam boleh kan...kot kot hati laki ku berbunga pulak

    ReplyDelete
  8. sedapkan daging or ayam blackpaper ni....:)

    ReplyDelete
  9. ciknaaa sekali ku pandang nampak macam padprik pun ado. apapun ini resepi campak campak yang kelasssss. boleh ku cuba nanti. masuk dalam nota :)

    TQ ciknaa

    ReplyDelete
  10. Ciknaaa....ini yang nak beli daging nih...manyak syokkkkkkkkkk...sedap plak tuh versi campak2 hahaha

    ReplyDelete
  11. macam best ni...thanks for sharing cik naa...cik nad pon kalau masak daging tak suka rebus dulu, nanti dah hilang manisnya kannn...

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016