GOOGLE Adsense

Monday, January 21, 2013

weekend yang sgt mencabar

entry meluah perasaan..


oke, sabtu ahad hari yang sangat best..
untuk orang bujang la kot..
perasaan tu ciknaa rase mase belum beranak dulu-dulu..
sekarang ni dah beranak best jugak, tapi best dengan cara lain..
jumaat pagi, razin dah mula dedar..jumaat malam, badan dia dah start panas..
hm dah agak dah.. macam biasa, seminggu sebelum masuk bulan baru dia akan demam..
itu dah jadi trend pembesaran dia kot..tapi tak sampai 39'c la suhu dia..
kira oke lagi tu.. tampal cool fever, jelum air asam jawa, air daun bunga raya bagai..
sejuk kejap.. lepas 6,7 jam demam balik..
selera memang down terus..takde lagi aksi ngange mulut besar-besar tu :(
sedih mama dik..


sabtu pagi, razin tidur pukul 10 pagi..
so, ciknaa boleh mandi, masak nasi, masak bubur nasi dia sekali..
pastu ciknaa join sekali dia tidur..
tapi ahad, semalam dia buat perangai..pagi tidur dalam sejam je..
ciknaa cuma sempat mandi je.. nak basuh kain pun kejap-kejap dia merengek dalam buai..
ok, dah mula tak selesa agaknye.. pagi semalam ciknaa cuma sempat breakfast hotdog saje..
kesian baby dalam ni, mama memang tak jaga makan betul time mengandungkan awak.. :(
lepas tu razin bangun.. kene layan dia la.. banyak kejadian betul semalam..
ciknaa sibuk nak buat keje kat dapur.. dia nak join same.. memang tak boleh la, dia sibuk nak ketuk-ketuk bawah sinki tu..nak terbalikkan semua tupperware kat rak pinggan, nak terjah bilik air bagai..
so ciknaa sendalkan tempat iron baju tu kat pintu dapur..
dia punye la membebel-bebel panggil mama konon merayu la tu nak pegi dapur..
ciknaa buat taktahu je,sampai la dia bengang kot..ntah macamane dia boleh terbalikkan mende alah tu..
nasib tak hempap badan dia.. dek terkejut sangat, dia menangis sampai tersedu-sedu..
dah ciknaa tak jadi keje.. sejam kemudian ciknaa ke depan umah nak angkat kain..
razin dalam walker, alahai dekat sangat setapak je ciknaa kat pintu tu angkat kain.
so memang tak tutup la pintu tu.ntah macamane dia nak sangat keluar, walker dia ke depan dan.... dam! terbalik..tapi syukur ciknaa sempat capai muka dia dari tersembam ke lantai..
sekali lagi dia menangis tersedu-sedu..time tu masukkan dalam buai dengan harapan dia tidur..
taknak jugak tidur.. ya Allah.. ciknaa betul-betul dah lapar..
tangan & kaki menggigil dah.. masa ni betul-betul nak nangis..
petang tu dalam pukul 6 dia still taknak tidur.. ciknaa bawak dia naik buggy pusing-pusing depan rumah tu..
dia diam je.. agaknye dia memberontak sebab langsung tak keluar rumah..
balik je masuk buai terus tidur sampai pagi tadi.. mungkin sebab semalam dia banyak kali terkejut, dia demam malam tadi.. tak tidur sangat ciknaa sampai ke pagi.. niat nak EL, tapi memikirkan cuti dah tak banyak.. uia ni pulak cuti tahunan pakai sistem bagai.. nak cuti pun bercatu!



ape yang ciknaa rase bila mengandung rapat ni sangat mencabar mental & diri..
serius, badan memang lunyai habis..
ciknaa rase macam orang tak makan 10 hari.. lembik betul..
nak makan selera memang 0.. mungkin jugak sebab makan sorang-sorang..
tambah pulak dengan keadaan anak yang tengah melasak sangat..
ciknaa cakap dengan suami, rase nak berhenti keje..
tak larat sangat nak uruskan keje, anak, rumahtangga lagi..
tambah pulak razin demam sekarang.. bila mak cakap nak ambik razin jaga kat kampung,
ciknaa rase macam redha je.. sebab serius, badan ciknaa tak mampu lagi nak tanggung semua ni..
paling terkilan, makan ciknaa memang tak jaga langsung..
vitamin yg KK bagi, ciknaa makan bila ingat je..
memang rezeki Allah yang bagi.. tapi bila difikirkan balik, ciknaa macam tak mampu nak tanggung sume ni sorang-sorang.. mengandung kali ni memang mencabar sangat..
memang tak mabuk & muntah seteruk dulu, tapi tenaga ciknaa ada masa tu sampai tahap zero kot..
kalau la dapat undur mase balik.. hm... ya Allah..astagfirullah..


membesarkan dia sangat mencabar..tapi bila dia senyum camni, mama terus cair.. sayang muhammad razin mikhaill..




p/s: tak sabar nak cuti 5 hari..balik pahang.. yeay! papa razin ada seminggu time tu.dia akan buat semua keje.. tak pun nenek razin ambik alih jaga dia.. ciknaa nak rehat puas-puas cuti ni..

12 comments:

  1. sabarla ciknaa..nanti bila diaorg dah besar,mesti best..

    ReplyDelete
  2. hurm.. sebab tu ada 'mak' dan 'ayah' untuk anak kan.. kalau sorg je, memang tak berkemampuan walaupun kita rasa kuat.. semoga ciknaa semakin tabah.. :)

    ReplyDelete
  3. kan cikna, kuat betul dugaan kali nie...ape2 semoga cikna tabah harunginya...

    ReplyDelete
  4. semoga cik naa terus kuat dan tabah. even encik suami tiada di sisi tapi Allah pasti sentiasa ada bila diperlukan. Insya-Allah. :)

    ReplyDelete
  5. alahai cian kt ciknaa~

    mengerti dengan kepenatan yang ciknaa hadapi skrg..tmbh plak razin tgh mbsr mmg perlukan perhatian lbeh~

    xper ciknaa cuti 5ari nti ciknaa rehat puas2,mkn ubt yg doc bg tau..jg kesihatan ciknaa n bby lam peot skli~

    ReplyDelete
  6. sabar yer... ada hikmah semua tu, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  7. tak dapat saya bayangkan, yg saya fulltime housewife sorang anak ni pun dah tk terlarat, all the best jer yg mampu saya ucapkan.

    ReplyDelete
  8. bersabarlah..Allah dah tentukan yang terbaik. Razin comel..pengubat hati mama :)

    ReplyDelete
  9. eh..lekat pulak ke aleena...wah thniah sgt..rzki sungguh

    ReplyDelete
  10. sedih bc cerita cik na . sabar yew kawan...mungkin ada perkara yg kita x tau disebaliknya.sabar yew sahabat..kuat semangat...

    ReplyDelete
  11. Huhu..Ena yg baca ni pun dapat terasa penatnya CikNaa. Sabar ye CikNaa..lepasni kalau adik Razin lahir, dah besar, dah jadi kawan Razin..terasa berbaloinya sabar CikNaa selama selama ni tengok diorang membesar :)

    ReplyDelete

nasi lemak ikan kerisi,
nanti singgah komen la lagi (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016